Kanak-kanak dan teknologi mudah alih: penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan awal kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada golongan masyarakat yang tidak terlepas dalam penggunan teknologi moden pada masa kini. Penggunaan teknologi mudah alih juga tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat. Tujuan kajian literatur secara sistematik ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Norashikin, Hassan, Siti Aishah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76665/1/GREDUC2019-8.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76665/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/GREDUC_GREduc2019_E-proceedings.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada golongan masyarakat yang tidak terlepas dalam penggunan teknologi moden pada masa kini. Penggunaan teknologi mudah alih juga tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat. Tujuan kajian literatur secara sistematik ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor dan kesan penggunaan teknologi mudah alih terhadap pendidikan awal kanakkanak. Beberapa artikel bermula tahun 2015 hingga 2019 telah dikenalpasti melalui carian di pengkalan data SCOPUS yang merupakan sumber rujukan utama bagi penulis. Penulis menggunakan kata kunci seperti “early years”, “learning”, “mobile device” dan “tablets’ bagi mengenalpasti artikel yang berkaitan. Setelah mempertimbangkan kriteria kemasukan dan pengecualian, terdapat 12 jurnal yang relevan telah ditemui. Hasil analisis kajian-kajian yang lepas mendapati bahawa terdapat beberapa faktor dan kesan penggunaan teknologi mudah alih terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Penemuan ini menunjukkan faktor yang positif terhadap kanak-kanak melalui penggunaan teknologi mudah alih ini. Implikasi terhadap ibu bapa untuk memastikan penggunaan teknologi mudah alih ini agar ianya tidak mendatangkan kesan yang buru kepada ana-anak mereka.