Persepsi halangan terhadap amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang menjadi penghalang kepada amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Data diperolehi daripada 352 orang dewasa menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor utama yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharkawi, Ismawati, Alwie, Aryaty, Latip, Malisah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76486/1/ICOSSH2019-17.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76486/
http://spel3.upm.edu.my/max/dokumen/ICSSH2019_e_proceeding_ICOSSH_2019_UPMKB_(with_eISBN).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang menjadi penghalang kepada amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Data diperolehi daripada 352 orang dewasa menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor utama yang menghalang responden daripada mengamalkan pemakanan secara sihat adalah penyediaan makanan, pengaruh pilihan dan kekangan masa. Bagi faktor penyediaan makanan, kemahiran memasak serta kemudahan penyimpanan yang terhad merupakan halangan utama untuk mengamalkan pemakanan secara sihat. Pilihan makanan yang terhad apabila makan di luar rumah dan kurang pilihan makanan sihat di kedai atau restoren merupakan dua penghalang utama ke arah pemakanan sihat dalam faktor pengaruh pilihan. Bagi faktor kekangan masa, waktu kerja yang tidak menentu serta gaya hidup yang sibuk menjadi penghalang dalam amalan pemakanan sihat. Justeru itu, selain perubahan sikap yang positif ke arah pemakanan secara sihat di peringkat individu, pihak-pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia serta industri makanan perlu memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan mesej pentingnya pemakanan secara sihat dan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat apabila makan di luar rumah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.