UPM Menang 3 Emas dan 2 Perak di INNOVA, Belgium
BRUSSELS– Seramai lima penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih satu anugerah khas dan lima pingat di World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies (INNOVA) pada 18-20 November 2010. Anugerah Khas daripada Romania dan pingat emas yang dimenangi oleh Prof. Dr. Abdu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7632/1/UPM_Menang.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7632/ http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012013351646111721654213 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | BRUSSELS– Seramai lima penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih satu anugerah khas dan lima pingat di World Exhibition on Innovation, Research and New Technologies (INNOVA) pada 18-20 November 2010.
Anugerah Khas daripada Romania dan pingat emas yang dimenangi oleh Prof. Dr. Abdul Halim Shaari ialah ‘Novel Ceramics for Energy Storage’ iaitu bahan seramik yang boleh menyimpan tenaga elektrik dengan banyak.
Bahan itu boleh digunakan dalam komponen-komponen kecil seperti kapasitor, penapis elektrik dan resisitor.
Prof. Dr. Y.H. Taufiq Yap Yun Hin menerima pingat emas melalui produknya VANPHOS : New Solvothermal Synthesised Vanadium Phosphate Catalysts for Light Alkane Oxidation iaitu cara baharu pemangkin kristal saiz mikro menggunakan media organik yang rendah dalam sistem autoclave dengan masa yang singkat.
Produk emas ketiga dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff ialah Integrated 3D Terrain Visualizer iaitu sistem untuk mengambarkan bentuk topografi muka bumi dalam bentuk tiga dimensi melalui laman web persekitaran.
Manakala pingat perak dimenangi oleh Dr. Rosnah Shamsudin dengan produk Efficient Jatropha Curcas L. Fruit Shelling Machine For Biodiesel Production iaitu sebuah mesin untuk memisahkan isi dan kulit buah jarak.
Pingat perak kedua dimenangi oleh Dr. Siti Salwa Abd Gani dengan produk Nano-Engkabang Formulations for Cosmeceutical Application iaitu menggunakan sistem nano teknologi untuk menghasilkan formulasi krim dan losyen kulit hidrasi. |
---|