Pengaruh tingkah laku, amalan pengajaran dan tahap profesionalisme guru terhadap peningkatan kreativiti pelajar dalam mata pelajaran reka cipta
Tahap kreativiti pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaupun kreativiti diakui penting, namun menerusi kajian lalu menunjukkan tahap kreativiti pelajar masih berada di tahap yang rendah dan guru-guru sebahagian besar tidak berusaha untuk memupuk kreativ...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76227/1/FPP%202017%2042%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76227/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tahap kreativiti pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Walaupun kreativiti diakui penting, namun
menerusi kajian lalu menunjukkan tahap kreativiti pelajar masih berada di
tahap yang rendah dan guru-guru sebahagian besar tidak berusaha untuk
memupuk kreativiti pelajar. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pengaruh
guru terhadap peningkatan kreativiti dalam kalangan pelajar yang mengambil
mata pelajaran reka cipta menerusi skop yang lebih kecil. Tiga faktor guru
yang dikaji menerusi kajian ini bagi melihat pengaruhnya terhadap kreativiti
pelajar ialah pengaruh tingkah laku, amalan pengajaran dan tahap
profesionalisme. Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan ke atas 190 orang
pelajar tingkatan empat yang mengambil reka cipta sebagai elektif yang
dipilih secara persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan
pelajar sangat setuju dengan tingkah laku yang guru tunjukkan dengan nilai
min 3.44 (SP = 0.44). Pelajar juga setuju dengan amalan pengajaran dan
tahap profesionalisme guru mereka dengan nilai min masing-masing 3.23
(SP=0.45) dan 3.19 (SP=0.39). Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar
reka cipta tingkatan empat ini memiliki kreativiti jenis kelancaran, diikuti
fleksibiliti dan seterusnya komponen keaslian. Hasil analisis korelasi
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tingkah laku dan amalan
pengajaran dengan kreativiti pelajar. Walaubagaimanapun terdapat
hubungan positif yang lemah antara tahap profesionalisme (r=.200) dengan
kreativiti pelajar. Keputusan analisis regrasi berganda pula menunjukkan
tahap profesionalisme menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan
kreativiti pelajar. Justeru itu, penting bagi guru yang mengajar reka cipta dan
pihak sekolah mengetahui faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar. |
---|