Konsep tanah dalam al-Quran al-Karim dari aspek semantik dan al-I‘Jaz al-Bayani
Tanah merupakan komponen yang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Ia banyak berkomunikasi dengan manusia dari awal hingga akhir kehidupan manusia. Al-Quran merekodkan terdapat beberapa perkataan diterjemah dengan maksud tanah melalui rujukan daripada Quran terjemahan Tafsir Pimpinan al-Rahm...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75560/1/FBMK%202018%2057%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75560/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tanah merupakan komponen yang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Ia banyak
berkomunikasi dengan manusia dari awal hingga akhir kehidupan manusia. Al-Quran
merekodkan terdapat beberapa perkataan diterjemah dengan maksud tanah melalui rujukan
daripada Quran terjemahan Tafsir Pimpinan al-Rahman edisi ke-12. Terdapat lafaz sama
yang diterjemah dengan tanah menerangkan konteks ayat berbeza dan lafaz yang berbeza
menerangkan konteks ayat yang sama. Hal ini wujud persoalan mengapa pelbagai lafaz
boleh diterjemah satu makna iaitu tanah. Bertitik tolak daripada persoalan ini, kajian
dijalankan untuk memahami konsep tanah dalam al-Quran, menganalisis lafaz mengikut
konteks ayat dan menganalisis dari aspek al-Iʼjāz al-Bayāni. Kajian ini menggunakan
analisis semantik al-Quran menurut perspektif Toshihiko Izutsu dan panduan al-Iʼjāz al-
Bayāni daripada Dr. Ṣalāḥ ‘Abd al-Fattāḥ al-Khālidī. Hasil analisis menemui enam lafaz
yang membicarakan beberapa konteks ayat tentang tanah. Lafaz tersebut ialah al-arḍ, alturāb,
ḥamā’, ṣalṣāl, ṣa’īd,dan al-ṭīn. Rumusan makna dasar bagi setiap lafaz tanah adalah
seperti berikut; al-arḍ ialah tanah yang merujuk kepada semua bahagian di atas bumi, alturāb
merujuk kepada segala jenis tanah, al-ṭīn ialah tanah liat hasil campuran turāb dan
air, ḥamā’ ialah tanah lumpur yang berwarna gelap dan berbau, ṣalṣāl jenis tanah liat
kering dan ṣa’īd merujuk kepada debu tanah di permukaan bumi, Hasil analisis
menunjukkan penggunaan lafaz bermakna tanah seperti berikut: Pertama, tanah dalam
penciptaan manusia menggunakan lafaz; al-arḍ, al-turāb, al-ṭīn, ḥamā’ dan ṣalṣāl. Kedua,
tanah sebagai tempat pengebumian manusia menggunakan lafaz; al-arḍ dan al-turāb.
Ketiga, perubahan manusia menjadi tanah selepas mati menggunakan lafaz al-turāb.
Keempat, tanah seperti debu menggunakan lafaz al-turāb dan ṣa’īd. Kelima dan keenam
tanah yang melibatkan aktiviti di atas bumi seperti pertanian dan pembinaan menggunakan
lafaz al-arḍ. Ketujuh, memfokuskan kepada bahan untuk pembinaan, penciptaan selain
manusia dan bahan untuk hukuman menggunakan lafaz al-ṭīn kerana sifatnya yang boleh
membentuk.. Kesimpulannya, setiap lafaz memainkan peranan yang penting dalam situasi
ayat yang digunakan. |
---|