Hubungkait ketagihan Facebook dan Twitter dengan kemahiran sosial remaja

Penggunaan laman sosial Facebook dan Twitter semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan ketagihan laman sosial dengan kemahiran sosial remaja dalam kalangan pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sardar Mohamed, Saheera
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70085/1/FBMK%202014%2065%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70085/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan laman sosial Facebook dan Twitter semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan ketagihan laman sosial dengan kemahiran sosial remaja dalam kalangan pelajar Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui pola penggunaan laman sosial, tahap ketagihan, tahap kemahiran sosial dan hubungannya dengan golongan remaja. Satu set soal selidik yang merangkumi empat bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan melibatkan 300 orang remaja dari Universiti Multimedia, Cyberjaya. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS (Ver.18) dengan prosedur statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan juga prosedur statistik inferensi iaitu ujian kolerasi. Di samping itu, beberapa ujian statistik seperti ujian-t, dan korelasi Pearson untuk mengenal pasti pola penggunaan laman sosial, tahap ketagihan dan hubungan dengan kemahiran sosial remaja. Secara keseluruhannya, tahap ketagihan penggunaan laman sosial bagi remaja adalah sederhana ke tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap ketagihan Facebook dan Twitter dengan kemahiran sosial remaja di rumah, di univeristi, dalam masyarakat dan juga korelasi positif antara pola penggunaan dengan tahap ketagihan laman sosial. Hubungan yang positif ini wujud kerana adanya penggunaan Facebook dan Twitter untuk tujuan membina kemahiran interaksi dan seterusnya kemahiran sosial remaja.