Kawalan negara terhadap kebebasan media di Malaysia

Kajian ini meneliti kebebasan media di Malaysia dan melihatnya dari perspektif politik dan undang-undang. Undang-undang tersebut ialah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tujuannya ialah untuk meneliti faktor state...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Yahya
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68556/1/FEM%202018%209%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68556/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneliti kebebasan media di Malaysia dan melihatnya dari perspektif politik dan undang-undang. Undang-undang tersebut ialah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tujuannya ialah untuk meneliti faktor state mengawal kebebasan media di Malaysia dan akta-akta yang digunakan oleh state dalam mengawal kebebasan tersebut, menilai bentuk-bentuk sekatan dan tindakan yang dilakukan oleh state bagi mengawal media di Malaysia, dan menilai impak kawalan state terhadap kebebasan media di Malaysia. Kerangka konseptual state dan kebebasan media digunakan sebagai alat analisis untuk memandu kajian ini. Metodologi kajian adalah analisis kualititatif bagi menginterpretasi data primer dan sekunder. Data primer diperoleh dari temu bual dengan informan autoritatif yang pakar tentang media dan politik Malaysia, manakala data sekunder pula diperoleh dari buku, tesis, artikel dalam jurnal dan akhbar-akhbar. Hasil analisis menunjukkan state (negara) mengawal media di Malaysia dengan menggunakan undang-undang sebagai alat kawalan. Tindakan undang-undang yang digunakan oleh state untuk mengawal media ialah dengan mengenakan hukuman dan denda, menahan orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menguatkuasakan lesen penerbitan dan percetakan, memberi kuasa mutlak kepada menteri meluluskan atau membatalkan lesen, menguasai pemilikan media, dan menapis maklumat di alam siber. Tesis ini berhujah tindakan negara menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kebebasan media telah menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan menyampaikan pandangan mereka secara bebas dan adil. Keadaan ini menjadikan Malaysia adalah sebagai negara yang cacat demokrasinya. Di akhir analisis, kajian ini mendapati walaupun tindakan negara tersebut dilihat sebagai tidak demokratik, namun tindakan kawalan tersebut adalah selaras dengan peruntukan yang terdapat Perkara 10(2) dan Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi autoriti kepada state untuk menguatkuasakan undang-undang yang perlu bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara.