Politik Islam dalam naskhah historiografi Melayu
Politik Islam yang dilaksanakan dalam pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kerajaan kesultanan di Alam Melayu mencapai puncak ketamadunan. Kedatangan para mubaligh dan ulama telah memperkukuhkan lagi kefahaman terhadap aplikasi politik Islam ini yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunn...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68460/1/FBMK%202018%203%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68460/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Politik Islam yang dilaksanakan dalam pemerintahan dan pentadbiran telah membawa
kerajaan kesultanan di Alam Melayu mencapai puncak ketamadunan. Kedatangan para
mubaligh dan ulama telah memperkukuhkan lagi kefahaman terhadap aplikasi politik
Islam ini yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW. Walau
bagaimanapun, masih terdapat ruang dan kekeliruan dalam sistem politik Melayu
tradisi dalam persoalan agama yang menjadi permasalahan terhadap dasar
pemerintahan yang dilaksanakan di Alam Melayu. Oleh demikian, objektif kajian ini
adalah untuk menganalisis politik Islam dan menghuraikan implikasinya terhadap
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu tradisi berdasarkan kepada naskhah
kesusasteraan historiografi Melayu yang menerima pengaruh awal di Alam Melayu
iaitu Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Seterusnya, analisis kuantitatif telah
digunakan sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Penelitian dan
penghuraian terhadap prinsip atau dasar politik Islam dalam pemerintahan Melayu
diaplikasikan dengan Teori Politik Islam yang dikemukakan oleh Yahaya Jusoh (2014).
Kajian ini telah berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terhadap
sebelas prinsip politik Islam yang telah dapat mempengaruhi politik pemerintahan
kesultanan Melayu tradisi yang menjadi citra kepada kebudayaan Melayu. Dapatan
menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memperkenalkan
prinsip dan sistem politik yang baru kepada pemerintahan kesultanan Melayu tradisi di
samping menegakkan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat di rantau ini dengan
bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai satu kuasa dalam menegakkan
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan beraja di Alam Melayu. Gambaran dan
pegangan ini menjadi masyarakat Melayu terus menjadi wadah membentuk norma
dalam kebudayaan masyarakat Melayu. |
---|