Fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan prestasi kokurikulum murid di sekolah menengah
Pengetua sebagai pengurus kokurikulum berperanan memimpin organisasi sekolah untuk mencapai visi dan misi kokurikulum yang telah ditetapkan. Perancang, pengelola, pengawal dan pemimpin adalah fungsi asas pengurusan kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pengetua. Kajian ini dijalankan untuk me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68219/1/FPP%202017%2041%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68219/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengetua sebagai pengurus kokurikulum berperanan memimpin organisasi
sekolah untuk mencapai visi dan misi kokurikulum yang telah ditetapkan.
Perancang, pengelola, pengawal dan pemimpin adalah fungsi asas
pengurusan kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pengetua. Kajian ini
dijalankan untuk meninjau persepsi guru terhadap fungsi pengetua dalam
pengurusan kokurikulum dan hubungannya dengan prestasi kokurikulum
pelajar di sekolah menengah di negeri Selangor. Kajian kuantitatif berbentuk
deskriptif korelasi ini dilakukan secara tinjauan menggunakan instrumen soal
selidik melibatkan responden seramai 294 orang guru yang terdiri daripada
penolong kanan kokurikulum, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan dan
penyelaras persatuan dan kelab dari 49 buah sekolah dari 5 buah daerah di
Selangor yang dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut nisbah.
Daerah- daerah yang telah dipilih adalah daerah Petaling Utama, Klang,
Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Hasil dapatan kajian dianalisis
secara kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan analisis korelasi
Pearson menggunakan perisian SPSS versi 22.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di sekolah-sekolah
menengah di lima daerah tersebut telah menjalankan fungsi sebagai
perancang, pengelola, pengawal dan pemimpin dalam pengurusan
kokurikulum secara keseluruhannya pada tahap tinggi iaitu perancang
kokurikulum (min=4.04 dan sp=0.54), pengelola kokurikulum (min=4.02 dan
sp= 0.52), pengawal kokurikulum (min=4.12 dan sp=0.46) dan pemimpin
kokurikulum (min=3.98 dan sp=0.52). Manakala tahap prestasi kokurikulum
murid dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada 2 aspek iaitu penglibatan dari segi kehadiran murid ke aktiviti kokurikulum dan pencapaian
kokurikulum murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
penglibatan kokurikulum murid adalah di tahap tinggi (min=3.80 dan
sp=0.67) dan tahap pencapaian kokurikulum murid adalah sederhana
(min=3.56 dan sp=0.60). Kehadiran dan pencapaian murid dalam kelab
sukan dan permainan adalah di tahap paling tinggi (min=3.98 dan sp=0.72)
dan (min=3.63 dan sp=0.80) berbanding pencapaian pelajar dalam
persatuan ko-akademik, kelab bukan akademik dan persatuan badan
beruniform. Ini menunjukkan bidang sukan dan permainan merupakan
bidang paling disukai oleh pelajar. Kajian ini juga melihat korelasi antara
empat fungsi pengetua dalam pengurusan kokurikulum dengan prestasi
kokurikulum pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi
lemah yang positif antara fungsi pengetua sebagai perancang dengan
prestasi kokurikulum murid (r=0.27, p<0.05) dan sebagai pemimpin dengan
prestasi kokurikulum murid (r=0.28, p<0.05). Namun analisis data
menunjukkan korelasi positif yang sangat lemah antara fungsi pengetua
sebagai pengelola dengan prestasi murid dalam kokurikulum (r=0.16,
p<0.05) dan di antara fungsi pengetua sebagai pengawal dengan prestasi
kokurikulum murid (r=0.18, p<0.05). Ini menunjukkan bahawa pengurusan
kokurikulum oleh pengetua yang baik tidak memberi impak yang besar
kepada penglibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum. Oleh itu,
terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan prestasi
kokurikulum murid yang boleh dibuat kajian pada masa akan datang. Selain
itu, pengetua disaran agar terus mempertingkatkan kemahiran dan
pengetahuan dalam pengurusan kokurikulum dengan mengikuti kursus
kemahiran pentadbiran dan pengurusan pendidikan kokurikulum yang
dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) atau badan-badan kerajaan
yang lain. Selain itu, pengetua boleh melaksanakan kursus kokurikulum
secara dalaman dan berkala untuk guru-guru agar mereka mahir dan
mempunyai ilmu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih
berkesan. Pengetua juga wajar memberikan penghargaan dalam bentuk
kewangan dan sijil penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya
dalam bidang kokurikulum agar menjadi motivasi kepada mereka untuk terus
aktif dalam bidang kokurikulum. |
---|