Pengaruh kepercayaan attitudinal dan normatif dalam pemilihan kerjaya pertanian: kajian kualitatif

Industri pertanian merupakan salah satu industri terpenting dalam negara kerana bidang pertanian adalah kritikal sebagai pembekal makanan dan sumber bahan mentah utama kepada negara. Sektor pertanian telah menyumbang lebih RM100 juta setiap tahun kepada KDNK negara (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dising, Sorayah, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66701/1/MEDC%202018-9.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66701/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pertanian merupakan salah satu industri terpenting dalam negara kerana bidang pertanian adalah kritikal sebagai pembekal makanan dan sumber bahan mentah utama kepada negara. Sektor pertanian telah menyumbang lebih RM100 juta setiap tahun kepada KDNK negara (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018). Pada hari ini, pendidikan pertanian telah menjadi salah satu tunjang utama dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Buktinya, terdapat banyak pusat latihan dan institusi pendidikan yang telah dibangunkan dengan memfokus kepada pembangunan pendidikan pertanian dalam PLTV seperti institut pertanian, kolej pertanian, kolej vokasional, politeknik, dan kolej komuniti bagi membekalkan tenaga mahir dan separa mahir kepada negara. Pada masa yang sama, pendidikan pertanian dalam TVET ini menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Golongan belia mempunyai persepsi yang tidak tepat mengenai pertanian dan mereka juga kurang berminat menceburi kerjaya dalam bidang ini. Ini menjadikan usaha TVET dalam memajukan bidang pertanian semakin sukar. Oleh itu, penyelidik telah menjalan kajian kualitatif untuk meninjau aspek kepercayaan dalam memilih bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan. Temu bual telah dijalankan ke atas responden untuk meneroka kepercayaan pelajar dalam memilih kerjaya pertanian sebagai pilihan utama serta orientasi pembentukan kepercayaan tersebut. Hasil dapatan kajian mendapati responden mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap kepercayaan attitudinal dan normatif. Kepercayaan attitudinal seperti faktor pendapatan, kepuasan diri, sumbangan, prospek kerjaya dan status telah mempengaruhi golongan belia dalam memilih kerjaya pertanian. Manakala, faktor keluarga, rakan, dan masyarakat telah menyumbang kepada kepercayaan normatif pelajar untuk memilih kerjaya pertanian.