Cabaran pelaksanaan program LINUS: kajian kes
Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), faktor yang mempengaruhi kejayaan dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan program tersebut.. Kajian kes ini dilakukan di sebuah sekolah rendah di...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
2018
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66697/1/MEDC%202018-5.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66697/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), faktor yang mempengaruhi kejayaan dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan program tersebut.. Kajian kes ini dilakukan di sebuah sekolah rendah di zon Pudu Kuala Lumpur. Partisipan yang terlibat terdiri daripada seorang pentadbir dan empat orang guru LINUS. Kajian ini menggunakan pendekatan model CIPP dan menilai keberkesanan setiap faktor yang dikategorikan mengikut penilaian konteks, input dan proses. Kajian ini mengenalpasti faktor yang dikaji dengan berpandukan kepada dapatan kajian oleh Shahnon(2007) tentang sekolah berprestasi tinggi. Kajian ini tidak melibatkan penilaian produk. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan program LINUS berkesan dalam aspek konteks, input dan proses. Faktor yang mempengaruhi kejayaan program LINUS di sekolah yang dikaji terdiri daripada pentadbiran, guru, murid, kaedah pelaksanaan, kemudahan dan bahan pembelajaran serta kewangan. Cabaran yang masih perlu dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program ini terdiri daripada isu pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan, guru dan murid. Setiap isu tersebut perlu ditangani untuk memastikan kejayaan program ini. Kesimpulannya program Linus ini berjaya dilaksanakan di sekolah ini namun beberapa isu masih perlu diambil perhatian bagi memastikan pelaksanaan program LINUS lebih berkesan. |
---|