Pelaksanaan pembelajaran sekolah dalam hospital memenuhi keperluan sosial seseorang individu

Penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di negara ini merupakan langkah yang cemerlang dan bijak dalam usaha memberi pembelajaran kepada pesakit khususnya golongan pelajar yang tidak dapat mengikuti sekolah harian yang sedia ada. Idea SDH dicetuskan oleh isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, Puan Sr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nagandran, Sugendran, Hassan, Aminuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66076/1/GREduc2015-22.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66076/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di negara ini merupakan langkah yang cemerlang dan bijak dalam usaha memberi pembelajaran kepada pesakit khususnya golongan pelajar yang tidak dapat mengikuti sekolah harian yang sedia ada. Idea SDH dicetuskan oleh isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abd. Rahman yang sangat prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang ketinggalan pelajaran di sekolah apabila terpaksa dimasukkan ke hospital. Oleh yang demikian, kertas konsep ini mengutarakan tentang pelaksanaan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital (SDH) memenuhi perspektif sosial seseorang individu terutamanya dalam kalangan pelajar (pesakit). Kertas konsep ini juga merungkaikan tiga aspek keperluan pembelajaran dalam seseorang individu dari segi aspek sosial, kognitif dan emosi. Aspek emosi juga dipilh kerana para pelajar terdiri daripada kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital yang belum sedia perkembangan sosial dan emosi. Kertas konsep ini juga mencadangkan pihak kerajaan harus menggembeleng usaha untuk menambahkan Sekolah Dalam Hospital di semua Hospital Kerajaan bagi membantu para pelajar (pesakit) memenuhi keperluan pendidikan. Galakan dan dorongan kepada pelajar ini sangat penting dalam memastikan mereka mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.