Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam transformasi kurikulum pendidikan guru

Cabaran dunia pendidikan abad ke-21 ini memerlukan transformasi yang menyeluruh, terutamanya dalam penguasaan kemahiran berfikir. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menekankan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum pendidikan bagi menjayakan transformasi ini. Kemahiran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi, Kamarudin, Nurzatulshima
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66066/1/GREduc2015-12.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66066/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cabaran dunia pendidikan abad ke-21 ini memerlukan transformasi yang menyeluruh, terutamanya dalam penguasaan kemahiran berfikir. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menekankan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum pendidikan bagi menjayakan transformasi ini. Kemahiran ini merupakan kesinambungan kepada Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diperkenal sebelum ini. Kemahiran ini amat berguna sebagai alat untuk membantu murid belajar, jika kemahiran ini dikuasai dengan baik. Hasilnya, prestasi murid dapat ditingkatkan, selain dapat mempersiap diri dalam mendepani sebarang permasalahan. Bagi mencapai aspirasi tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kualiti guru bermula dengan transformasi IPG. Kurikulum pendidikan guru ditambah baik dengan menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru-guru baharu. Sehubungan dengan itu, menjadi keutamaan IPG untuk memastikan bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini dapat difahami dan diterima oleh guru pelatih semasa pengajian dengan sempurna agar prinsip-prinsip kemahiran berfikir ini boleh diamalkan oleh mereka setelah ditempatkan di sekolah kelak.