Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam
Perkembangan kerjaya pelajar universiti abad ke 21 menekankan keupayaan graduan dalam merancang, membuat pilihan dan membuat keputusan kerjaya. Graduan universiti Berhadapan dengan kesediaan kerjaya rendah iaitu ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya rendah yang menyumba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/1/FPP%202017%2024%20UPM%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.66041 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
description |
Perkembangan kerjaya pelajar universiti abad ke 21 menekankan keupayaan graduan
dalam merancang, membuat pilihan dan membuat keputusan kerjaya. Graduan universiti
Berhadapan dengan kesediaan kerjaya rendah iaitu ketidakfungsian pemikiran kerjaya
dan efikasi kendiri kerjaya rendah yang menyumbang kepada kebolehpasaran graduan.
Pendidikan kerjaya merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berstruktur
dengan tujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk memahami keupayaan diri
dan dunia pekerjaan serta meningkatkan keupayaan membuat keputusan kerjaya. Oleh
itu, kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program kerjaya psiko-pendidikan
Cognitive Information Processing (CIP) terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya
dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti.
Reka bentuk kajian ini adalah gabungan kajian deskriptif dan kajian eksperimen tulen.
Kajian deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap ketidakfungsian pemikiran
kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya; kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kesediaan
Kerjaya-Cognitive Information Processing (MKK-CIP). Sementara kajian eksperimen
menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan rawak ujian pra, ujian pasca dan ujian
susulan. Pemilihan sampel secara rawak kelompok dilakukan pada peringkat pertama
melibatkan seramai 260 pelajar tahun akhir pengajian ijazah pertama. Sementara,
peringkat kedua melibatkan sampel seramai 90 orang yang dipilih secara rawak
berpasangan iaitu Kumpulan Eksperimen Besar (KEB) n = 30, Kumpulan Eksperimen
Kecil (KEK) n = 30 dan Kumpulan Kawalan (KK) n = 30. Sampel kajian KEB dan KEK
diberikan rawatan MKK-CIP iaitu selama tempoh enam minggu yang mengandungi 13
aktiviti bersamaan dengan 12 jam tetapi KK tidak diberikan rawatan. Soal-selidik yang
digunakan untuk mengukur kesediaan kerjaya adalah Career Thoughts Inventory (CTI)
dan Career Decision Self-Efficacy - Short Form (CDSE-SF). Data kajian dianalisis
menggunakan jenis statistik deskriptif, MANOVA satu hala, ANOVA Pengukuran Berulangan, ANCOVA, Post Hoc Tuckey, dan Post Hoc Biofrenni pada aras signifikan
.05. Keputusan analisis deskriptif mendapati pekali kesahan kandungan keseluruhan modul
adalah .955 dan berdasarkan pecahan sub modul dan aktiviti adalah .934. Dapatan kajian
rintis pula, menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan modul Alpha Cronbach adalah
.945. Keputusan analisis deskriptif juga menunjukkan ketidakfungsian pemikiran
kerjaya adalah tinggi dan efikasi kendiri kerjaya adalah sederhana dan tinggi. Manakala,
keputusan ujian ANOVA Pengukuran Berulangan mendapati KEB dan KEK berkesan
dalam mengurangkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya, sub skala kekeliruan membuat
keputusan, kebimbangan komitmen dan konflik luaran. Manakala, dapatan juga
menunjukkan keberkesanan KEB dan KEK dalam meningkatkan efikasi kendiri kerjaya,
sub skala mengenal diri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, membuat
perancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya. Analisis perbandingan antara
kumpulan mendapati KEB dan KEK lebih berkesan berbanding KK dan tiada perbezaan
antara KEB dan KEK bagi kedua-dua pemboleh ubah. Di samping itu, dapatan ujian
susulan yang diberikan selepas empat minggu berakhirnya intervensi MKK-CIP
menunjukkan berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah ketidakfungsian
pemikiran kerjaya, sub skala kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen
dan konflik luaran bagi KEB dan KEK. Begitu juga berlaku ketekalan dan kestabilan
pemboleh ubah efikasi kendiri kerjaya, sub skala mengenal diri, maklumat pekerjaan,
pemilihan matlamat pekerjaan, membuat perancangan kerjaya penyelesaian masalah
kerjaya. Namun begitu, dapatan ujian susulan bagi KEK didapati lebih baik berbanding
KEB bagi pemboleh ubah ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang bertanggungjawab untuk merangka
polisi berkaitan dengan isu kesediaan kerjaya pelajar universiti dengan membangun
kurikulum yang standard seperti kurikulum yang sedia ada di universiti. Selain itu,
kaunselor kerjaya di universiti juga dapat mengaplikasikan MKK-CIP sebagai intervensi
dalam program pembangunan kerjaya. Di samping itu, dapatan kajian ini juga telah
membuka ruang baru dalam penerokaan teori kerjaya CIP dapat digunakan dalam
pelaksanaan program pembangunan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti. Cadangan
kepada kajian lanjutan hendaklah dijalankan ke atas kelompok pelajar dari universiti
awam yang berbeza, dan melibatkan populasi yang lebih besar. Selain itu, fokus kajian
lanjutan juga adalah dengan membuat perbandingan kesan MKK-CIP dengan intervensi lain yang berkaitan. |
format |
Thesis |
author |
Mahmud, Mohd Izwan |
spellingShingle |
Mahmud, Mohd Izwan Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
author_facet |
Mahmud, Mohd Izwan |
author_sort |
Mahmud, Mohd Izwan |
title |
Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
title_short |
Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
title_full |
Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
title_fullStr |
Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
title_full_unstemmed |
Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
title_sort |
kesan program kerjaya psiko-pendidikan cognitive information processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam |
publishDate |
2017 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/1/FPP%202017%2024%20UPM%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/ |
_version_ |
1643838484504379392 |
spelling |
my.upm.eprints.660412018-12-04T08:22:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/ Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam Mahmud, Mohd Izwan Perkembangan kerjaya pelajar universiti abad ke 21 menekankan keupayaan graduan dalam merancang, membuat pilihan dan membuat keputusan kerjaya. Graduan universiti Berhadapan dengan kesediaan kerjaya rendah iaitu ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya rendah yang menyumbang kepada kebolehpasaran graduan. Pendidikan kerjaya merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berstruktur dengan tujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk memahami keupayaan diri dan dunia pekerjaan serta meningkatkan keupayaan membuat keputusan kerjaya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing (CIP) terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini adalah gabungan kajian deskriptif dan kajian eksperimen tulen. Kajian deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya; kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kesediaan Kerjaya-Cognitive Information Processing (MKK-CIP). Sementara kajian eksperimen menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan rawak ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan. Pemilihan sampel secara rawak kelompok dilakukan pada peringkat pertama melibatkan seramai 260 pelajar tahun akhir pengajian ijazah pertama. Sementara, peringkat kedua melibatkan sampel seramai 90 orang yang dipilih secara rawak berpasangan iaitu Kumpulan Eksperimen Besar (KEB) n = 30, Kumpulan Eksperimen Kecil (KEK) n = 30 dan Kumpulan Kawalan (KK) n = 30. Sampel kajian KEB dan KEK diberikan rawatan MKK-CIP iaitu selama tempoh enam minggu yang mengandungi 13 aktiviti bersamaan dengan 12 jam tetapi KK tidak diberikan rawatan. Soal-selidik yang digunakan untuk mengukur kesediaan kerjaya adalah Career Thoughts Inventory (CTI) dan Career Decision Self-Efficacy - Short Form (CDSE-SF). Data kajian dianalisis menggunakan jenis statistik deskriptif, MANOVA satu hala, ANOVA Pengukuran Berulangan, ANCOVA, Post Hoc Tuckey, dan Post Hoc Biofrenni pada aras signifikan .05. Keputusan analisis deskriptif mendapati pekali kesahan kandungan keseluruhan modul adalah .955 dan berdasarkan pecahan sub modul dan aktiviti adalah .934. Dapatan kajian rintis pula, menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan modul Alpha Cronbach adalah .945. Keputusan analisis deskriptif juga menunjukkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya adalah tinggi dan efikasi kendiri kerjaya adalah sederhana dan tinggi. Manakala, keputusan ujian ANOVA Pengukuran Berulangan mendapati KEB dan KEK berkesan dalam mengurangkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya, sub skala kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen dan konflik luaran. Manakala, dapatan juga menunjukkan keberkesanan KEB dan KEK dalam meningkatkan efikasi kendiri kerjaya, sub skala mengenal diri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, membuat perancangan kerjaya dan penyelesaian masalah kerjaya. Analisis perbandingan antara kumpulan mendapati KEB dan KEK lebih berkesan berbanding KK dan tiada perbezaan antara KEB dan KEK bagi kedua-dua pemboleh ubah. Di samping itu, dapatan ujian susulan yang diberikan selepas empat minggu berakhirnya intervensi MKK-CIP menunjukkan berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah ketidakfungsian pemikiran kerjaya, sub skala kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen dan konflik luaran bagi KEB dan KEK. Begitu juga berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah efikasi kendiri kerjaya, sub skala mengenal diri, maklumat pekerjaan, pemilihan matlamat pekerjaan, membuat perancangan kerjaya penyelesaian masalah kerjaya. Namun begitu, dapatan ujian susulan bagi KEK didapati lebih baik berbanding KEB bagi pemboleh ubah ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang bertanggungjawab untuk merangka polisi berkaitan dengan isu kesediaan kerjaya pelajar universiti dengan membangun kurikulum yang standard seperti kurikulum yang sedia ada di universiti. Selain itu, kaunselor kerjaya di universiti juga dapat mengaplikasikan MKK-CIP sebagai intervensi dalam program pembangunan kerjaya. Di samping itu, dapatan kajian ini juga telah membuka ruang baru dalam penerokaan teori kerjaya CIP dapat digunakan dalam pelaksanaan program pembangunan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti. Cadangan kepada kajian lanjutan hendaklah dijalankan ke atas kelompok pelajar dari universiti awam yang berbeza, dan melibatkan populasi yang lebih besar. Selain itu, fokus kajian lanjutan juga adalah dengan membuat perbandingan kesan MKK-CIP dengan intervensi lain yang berkaitan. 2017-05 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66041/1/FPP%202017%2024%20UPM%20IR.pdf Mahmud, Mohd Izwan (2017) Kesan program kerjaya psiko-pendidikan Cognitive Information Processing terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan efikasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti awam. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. |
score |
13.211869 |