Perubahan Struktur Kata Tunggal Bahasa Melayu Mengikut Aliran
Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan struktur kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Tranformasi Generatif. Ketiga-tiga aliran tersebut dianuti oleh penulis-penulis buku teks tatabahasa yang dikaji sesuai dengan sistem masa yang mereka lalui seperti Pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2004
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/659/1/549557_FBMK_2004_3.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/659/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan struktur kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Tranformasi Generatif. Ketiga-tiga aliran tersebut dianuti oleh penulis-penulis buku teks tatabahasa yang dikaji sesuai dengan sistem masa yang mereka lalui seperti Pelita Bahasa Melayu 1 oleh Za’ba (1958), dan Tatabahasa Baru Melayu / Indonesia oleh Sutan Takdir Alisjahbana (1963) (Aliran Tradisional), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (1980) (Aliran Struktural dan Sistemik), dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim, et. al., (1993) (Aliran Transformasi Generatif dan bercampur dengan Tradisional dan Struktural).
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan buku-buku yang terpilih dan sumber daripada informan. Analisis kandungan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk meneliti perubahan kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran. Selain itu, penyelidik menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang informan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang menjadi anutan penulis-penulis teks yang dikaji. Kaedah analisis kandungan dibahagikan kepada lima, iaitu persampelan, kategori, unit catatan, unit konteks, dan sistem perhitungan. Sistem perhitungan menggunakan Pengekodan Binari. Penyelidik menggunakan Teori Carney (1994) dengan dua pendekatan, iaitu Filologi dan Fungsian dan deskripsi bahasa dengan tiga aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Transformasi Generatif. Selain itu, kaedah menemu bual informan, penyelidik menggunakan pendekatan “Hermeneutic phenomenology, iaitu pendekatan yang mampu memberikan maklumat yang sebenarnya berdasarkan pengalaman seseorang terhadap sesuatu perkara atau peristiwa.
Teknik perbualan terbuka digunakan semasa pengumpulan data daripada informan. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara vervatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. Analisis terperinci kemudiannya dijalankan untuk mendapatkan tema dan kategori. Tema telah dikategorikan kepada tiga, iaitu aliran Tradisional, aliran Struktural, dan aliran Transformasi Generatif.
Penyelidikan ini telah memaparkan beberapa perubahan yang sememangnya berlaku terhadap bahasa Melayu dalam aspek perubahan makna kata tunggal, perubahan struktur dan perbandingan struktur kata tunggal bahasa Melayu empat buah teks tatabahasa yang dikaji. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah bersifat hidup, berkembang dan berubah dari semasa ke semasa. Selain itu, penyelidik dapat menunjukkan dengan jelas tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang dianuti oleh penulis-penulis teks yang dikaji.
Oleh sebab bahasa Melayu bersifat hidup, maka pengguna-pengguna yang ingin menguasai bahasa ini dengan baik, maka mereka haruslah sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan yang dilaluinya dari semasa ke semasa. |
---|