Penilaian pelaksanaan teori dan praktis subjek perubatan kecemasan kurikulum diploma pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan model penilaian iluminatif

Kajian awal serta dapatan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan terdapatnya jurang antara teori dan praktis dalam perlaksanaan kurikulum separa perubatan di negara ini. Namun, isu ini tidak pernah dinilai secara sistematik dan menyeluruh dalam kurikulum Diploma Pembantu Perub...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmud, Alias
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65684/1/FPP%202016%2019IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65684/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian awal serta dapatan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan terdapatnya jurang antara teori dan praktis dalam perlaksanaan kurikulum separa perubatan di negara ini. Namun, isu ini tidak pernah dinilai secara sistematik dan menyeluruh dalam kurikulum Diploma Pembantu Perubatan di negara ini. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk menilai pelaksanaan teori dan praktis Subjek Perubatan Kecemasan (SPK) kurikulum Diploma Pembantu Perubatan dan sekaligus mengenal pasti berlakunya jurang antara teori dan praktis. Kajian ini telah menggunakan Model Penilaian Iluminatif kerana ia sesuai dengan tujuan kajian iaitu menilai perlaksanaan kurikulum melalui penerokaan mendalam pendapat peserta yang terlibat dalam perlaksaaan kurikulum tersebut. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes dan telah dijalankan di Kolej Pembantu Perubatan Seremban. Seramai 12 orang peserta iaitu 4 orang pengajar, 4 orang pelajar dan 4 orang LP yang telah dipilih secara purposive sampling. Data-data telah diperolehi melalui temu bual mendalam dengan menggunakan soalan separa struktur. Selain itu data-data juga diperolehi melalui pemerhatian pengajaran dan pemerhatian pemantauan klinikal serta semakan dokumen. Data-data dianalisis melalui pendekatan thematic coding dengan menggunakan perisian NVivo 10. Kajian ini telah menilai 5 aspek utama iaitu organisasi isi kandungan kurikulum, pendekatan pengajaran, peranan pengajar, peranan preseptor tempatan dan pengaruh kurikulum tersembunyi. Hasil kajian mendapati, dalam aspek organisasi isi kandungan kurikulum, aspek nilai-nilai murni kurang diberi penekanan dalam kurikulum SPK. Selain itu hasil kajian mendapati isi kandungan yang melibatkan aspek perkhidmatan pra-hospital agak ketinggalan berbanding dengan perkembangan pesat perkhidmatan pra hospital yang berlaku sekarang. Manakala dalam aspek pendekatan pengajaran, hasil kajian mendapati pendekatan pengajaran berpusatkan pengajar telah digunakan secara meluas dalam pengajaran teori di kolej. Dalam aspek peranan pengajar pula, selain daripada melaksanakan pengajaran teori, pengajar juga berperanan melaksanakan pemantauan klinikal dan terlibat aktif dalam pengurusan dan aktiviti kokurikulum. Manakala dalam aspek peranan preseptor tempatan, hasil kajian mendapati mereka telah memainkan peranan penting dalam pelaksanan praktis klinikal walaupun mereka sibuk dengan tugas hakiki mereka. Hasil kajian ini juga telah mengenal pasti tiga aspek utama yang membentuk kurikulum tersembunyi iaitu pengaruh senior, kepatuhan masa, dan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi. Akhir sekali, kajian ini telah mengenal pasti dua aspek utama berlakunya jurang antara teori dan praktis iaitu aspek isi kandungan kurikulum dan aspek prosedur dan peralatan. Sehubungan itu, SPK perlu dibuat penambahbaikan dalam aspek-aspek yang telah dinilai supaya graduan yang dilahirkan dapat memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan di negara ini. Selain itu kajian ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang penilaian kurikulum separa perubatan di negara ini.