Hubungan Antara Personaliti, Salah Laku Dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Lepasan Siji Tinggi Pelajaran Malaysia Di Institut Pengajian Tinggi Awam

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti, salah laku dan pencapaian akademik mahasiswa lepasan STPM. Kajian turut meninjau kaitan antara latar belakang mahasiswa dengan personaliti. Latar belakang yang dikajikan adalah jantina, kedudukan mahasiswa dalam susunan ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siaw, Yan Li
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6533/1/FPP_2005_32.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6533/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti, salah laku dan pencapaian akademik mahasiswa lepasan STPM. Kajian turut meninjau kaitan antara latar belakang mahasiswa dengan personaliti. Latar belakang yang dikajikan adalah jantina, kedudukan mahasiswa dalam susunan adik-beradik, tahap pendidikan ibubapa mahasiswa dan pendapatan bulanan ibubapa mahasiswa. Sampel kajian seramai 372 orang mahasiswa (1 80 lelaki, 192 perempuan) adalah terdiri daripada pelajar semester pertama di 12 buah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Mahasiswa tersebut adalah dari lepasan STPM tahun 2002. Inventori Personaliti Eysenck Junior dan Laporan Salah Laku Diri digunakan. Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang negatif signifikan ant~ras kor ekstrovert dengan keputusan STPM iaitu r = -0.191, p<0.01,manakala terdapat hubungan yang positif signifikan antara skor neurotik dengan keputusan STPM (r = 0.177, p<0.01). Dalam ujian t, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dengan skor neurotik iaitu t= 2.493, p<0.05. Manakala, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan dengan skor ekstrovert, t= 0.555, p>0.05. Ujian khi kuasa-dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara latar belakang mahasiswa dengan persoanliti kecuali kedudukan pelajar dalam susunan adik-beradik. Secara ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kini matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam rnelahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu dan personaliti telah dicabar. Individu yang cemerlang akademik tidak semestinya mempunyai personaliti yang memuaskan. Di samping itu, latar belakang seseorang individu masih memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu.