Sistem penilaian kebergunaan PKM (SPKpkm)

Proses pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan perlu dipertingkatkan terutama dalam pentadbiran dan juga bidang penyelidikan. Ini adalah kerana pengumpulan data memerlukan masa dan kos yang banyak bagi menyalin instrumen, menyebarkan instrumen, melengkapkan instrumen oleh responden, mengumpul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sahari @ Ashaari, Noraidah, Abd Ghani, Abdul Azim, Selamat, Mohd Hasan, Md. Yunus, Aida Suraya
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Malaysian Educational Technology Association 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64868/1/755.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64868/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan perlu dipertingkatkan terutama dalam pentadbiran dan juga bidang penyelidikan. Ini adalah kerana pengumpulan data memerlukan masa dan kos yang banyak bagi menyalin instrumen, menyebarkan instrumen, melengkapkan instrumen oleh responden, mengumpul instrumen yang telah diisi, memasukkan maklum balas kedalam pangkalan data, memeriksa data yang tidak lengkap serta menganalisis dan mengira skor. Perkembangan teknologi rangkaian komputer berkeupayaan mengurangkan masa dan kos pengumpulan data. Berdasarkan dapatan kajian iaitu satu set soal selidik, Instrumen Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus Matematik (IPKpkm) yang mempunyai metrik berpemberat dan pengiraan min skor yang mengambil kira faktor ralat penilaian, bidang pengkhususan penilai dan pengalaman penilai, satu sistem yang dapat memudahkan proses penilaian dan pengiraan skor kebergunaan dibangunkan. Kemudahan teknologi internet memberi peluang untuk membangunkan IPKpkm berasaskan web. Kertas ini membincangkan proses pembangunan Sistem Penilaian Kebergunaan Perisian Kursus Matematik (SPKpkm).