Hati budi Melayu dalam warkah Melayu lama
Orang Melayu kaya dengan nilai kehidupan yang diwarisi turun-temurun. Salah satu daripada keperibadian sosial tersebut ialah berhati budi mulia, yang lahir melalui pertuturan mahupun catatan. Usaha-usaha pembugaran teras hati budi ini perlu sentiasa dilakukan supaya nilai estetika ini terus dijadika...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64590/1/Hati%20budi%20Melayu%20dalam%20warkah%20Melayu%20lama.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64590/ http://journal.kuis.edu.my/jsass/issues/jsass-vol-4-bil-2-2017 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Orang Melayu kaya dengan nilai kehidupan yang diwarisi turun-temurun. Salah satu daripada keperibadian sosial tersebut ialah berhati budi mulia, yang lahir melalui pertuturan mahupun catatan. Usaha-usaha pembugaran teras hati budi ini perlu sentiasa dilakukan supaya nilai estetika ini terus dijadikan panduan dalam memartabatkan bangsa Melayu. Banyak penulisan yang membuktikan bangsa Melayu mempunyai jati diri tersendiri serta disegani, hingga dapat menguasai kepulauan Melayu suatu ketika dahulu. Rentetan itu, penulisan ini dibuat bagi menambah pembuktian kemurnian hati budi orang Melayu yang digambarkan secara tersirat dalam warkah Melayu lama. Penelitian deskriptif dilakukan ke atas lima pucuk warkah Melayu abad ke-19, kiriman raja dan pembesar Melayu. Warkah-warkah ini mengandungi beberapa fokus teras hati budi Melayu, tetapi nilai mulia kehidupan dipilih untuk penulisan ini. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengenal pasti nilai yang mencerminkan budi pekerti mulia, budi bahasa yang santun, dan akal budi yang tinggi orang Melayu. Terdapat 12 hati budi Melayu yang terjelma secara tersirat dalam warkah yang dipilih. Hati budi ini ternyata telah mengangkat kemuliaan orang Melayu di mata orang luar serta mengeratkan hubungan dengan orang Inggeris. Sesungguhnya, kekuatan hati budi ini penting kerana menjadi asas serta benteng dalam mengukuhkan peradaban bangsa Melayu. |
---|