Akauntabiliti melalui laporan kewangan organisasi bukan keuntungan dan laporan perbelanjaan mengikut fungsi

Laporan kewangan bagi organisasi bukan berasaskan keuntungan berpotensi untuk terlibat dalam penipuan dan skandal perakaunan kerana terdapat kekurangan piawai perakaunan. Penderma, penaja, dan pemantau pertubuhan kebajikan bergantung kepada laporan kewangan, sebagai kayu ukur tahap akauntabiliti OBK...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Karim, Norlia, Abu Bakar, Noor Raudhiah, Tajuddin, Teh Suhaila, Mohd Said, Ridzwana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64428/1/akauntabiliti-333-341.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64428/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan kewangan bagi organisasi bukan berasaskan keuntungan berpotensi untuk terlibat dalam penipuan dan skandal perakaunan kerana terdapat kekurangan piawai perakaunan. Penderma, penaja, dan pemantau pertubuhan kebajikan bergantung kepada laporan kewangan, sebagai kayu ukur tahap akauntabiliti OBK. Jika laporan kewangan dibuat berdasarkan perbelanjaan menurut fungsi, maka OBK dianggap telah memiliki tahap akauntabiliti yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmana penggunaan laporan kewangan, terutamanya laporan perbelanjaan mengikut fungsi dilaksanakan dikalangan OBK di Malaysia. Klasifikasi perbelanjaan berdasarkan fungsi mencerminkan perbelanjaan itu sesuai dengan maksud dari mana dana itu dijana dan ke mana perbelanjaan tersebut dijangka dibelanjakan. Pelaporan perbelanjaan mengikut fungsi membantu pembaca penyata kewangan memahami bagaimana sebuah organisasi bukan keuntungan membelanjakan sumber-sumbernya. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif untuk memenuhi objektif yang telah digariskan. Temubual secara bersemuka dijalankan antara penyedia laporan kewangan dan OBK dipilih. Selain itu, laporan kewangan OBK juga akan dianalisis untuk mengenal pasti bagaimana perbelanjaan berfungsi dibentangkan. Hasil kajian ini dijangka menyatakan amalan semasa laporan perbelanjaan berfungsi oleh OBK di Malaysia. Laporan ini dijangka dapat menunjukkan tahap akauntabiliti OBK kepada individu atau kelompok yang memiliki kepentingan terhadap keputusan serta aktiviti OBK.