Analisis pendekatan semiotik terhadap karya “pembukaan”

Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakansuatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Salehuddin, Adam, Baharuddin, Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60846/1/Analisis%20pendekatan%20semiotik%20terhadap%20karya%20%E2%80%9Cpembukaan%E2%80%9D.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60846/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2267
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakansuatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan dalam menilai karya seni yang merepresentasikan makna-makna melalui tanda yang divisualisasikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif iaitu ‘Pembukaan’ (2013) sebagai objek kajian. Konsep Triadik Peirce’s telah digunakan oleh pengkaji dalam membaca makna terhadap sesebuah karya seni. Konsep asas tersebut adalah Representasi, Objek dan Interpretasi. Perlaksanaan kaedah semiotik ini dipetik melalui konsep Charles Sanders Peirce – Semiotic the Basic (Daniel Chandler 2002) bagi menjelaskan perhubungan Representasi/Tanda, Objek, dan Interpretasi. Teks yang dihasilkan adalah sebuah produk penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan yang secara khususnya adalah sebuah himpunan tanda dalam membentuk makna. Penggunaan konsep semiotik ini mampu untuk menjelaskan makna dalam sesebuah karya seni dengan lebih jelas dan sistematis. Ia boleh diterajui oleh tanda-tanda melalui persekitaran dan ruang lingkup sebuah masyarakat melalui corak kehidupan serta rentak pergerakan yang menelusuri alam serta budaya masyarakatnya secara lebih saintifik.