Pengaruh perbezaan individu terhadap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pendebat di Universiti Awam, Malaysia
Debat merupakan salah satu medium untuk pelajar menguasai pertuturan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, dalam kalangan pelajar universiti awam yang menyertai aktiviti ini terdapat perbezaan dari segi penguasaan mereka terhadap kemahiran pertuturan bahasa Arab. Dalam hal ini, para sarjana mendapati b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60379/1/FBMK%202015%2067IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60379/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Debat merupakan salah satu medium untuk pelajar menguasai pertuturan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, dalam kalangan pelajar universiti awam yang menyertai
aktiviti ini terdapat perbezaan dari segi penguasaan mereka terhadap kemahiran pertuturan bahasa Arab. Dalam hal ini, para sarjana mendapati bahawa perbezaan
individu pelajar mempengaruhi penguasaan mereka di dalam pertuturan. Justeru,kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan individu pendebat yang terdiri
daripada konstruk kepercayaan, gaya afektif dan faktor kendiri yang mempengaruhi penguasaan pertuturan pendebat. Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan temubual kumpulan berfokus ini melibatkan responden seramai lapan (8) orang pendebat universiti; empat (4) orang dari UIAM dan (4) orang lagi dari UPM. Data temubual yang dirakam kemudiannya dianalisis berdasarkan tiga konstruk perbezaan individu daripada taksonomi Ellis (1994); iaitu kepercayaan, gaya afektif dan faktor kendiri. Kajian ini mendapati perbezaan individu pendebat berhubung konstruk
kepercayaan yang mempengaruhi pertuturan mereka adalah kepercayaan mereka terhadap objektif perdebatan, tahap perdebatan dan juga isi kandungan dalam perdebatan tersebut. Bagi gaya afektif, ia melibatkan gangguan emosi, kesan emosi dan cara mengatasi gangguan itu. Manakala perbezaan individu yang berkait dengan
faktor kendiri pendebat pula ialah motivasi dan gaya pembelajaran. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa konstruk kepercayaan yang mempengaruhi pendebat dalam
penguasaan bahasa Arab mereka amat berkait dengan aktiviti debat itu sendiri. Akan tetapi, bagi konstruk gaya afektif dan faktor kendiri, ia bukan hanya melibatkan perdebatan semata-mata, malah turut berkait dengan pembelajaran mereka terhadap bahasa Arab. Ini bermakna, perdebatan dan pembelajaran merupakan elemen yang membentuk perbezaan individu pendebat untuk mencapai tahap penguasaan pertuturan bahasa Arab yang baik di dalam perdebatan. Namun, secara umumnya kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan individu lebih tertumpu ke arah mencapai kecemerlangan dalam aktiviti perdebatan. |
---|