Penguasaan ism al-fa'il daripada kata kerja jenis ajwaf dalam kalangan pelajar Pra-U

Ism al-fa’il (IF) merupakan salah satu elemen morfologi yang di ajar di peringkat Pra-U di bawah topik morfologi fungsian. Sungguh pun begitu masih ada pelajar yang masih keliru dalam pembentukan IF terutamanya IF yang dibentuk daripada kata kerja yang berasaskan huruf ‘illah. Kajian ini akan mengka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A. Talip, Bahiyah, Hassan, Abd Rauf
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60312/1/44-30.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60312/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ism al-fa’il (IF) merupakan salah satu elemen morfologi yang di ajar di peringkat Pra-U di bawah topik morfologi fungsian. Sungguh pun begitu masih ada pelajar yang masih keliru dalam pembentukan IF terutamanya IF yang dibentuk daripada kata kerja yang berasaskan huruf ‘illah. Kajian ini akan mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam pembentukan IF daripada kata kerja yang berasaskan huruf ‘illah dalam perkataan dan juga di dalam ayat. Kajian ini memilih kata kerja jenis ajwaf yang merangkumi kata kerja tiga huruf, empat huruf, lima huruf dan enam huruf. Tidak semua kata kerja jenis ajwaf ini boleh dibentuk menjadi IF. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes. Data diperolehi hasil daripada jawapan peserta dalam soalan latihan pembentukan IF yang dibina oleh pengkaji. Berdasarkan kajian yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar Pra-U menguasai pembentukan IF daripada kata kerja tiga huruf manakala bagi kata kerja lebih tiga huruf peserta hanya menguasai pembentukan IF pada perkataan yang biasa di gunakan. Walau bagaimanapun peserta masih tidak menguasai cara mengaplikasikan IF di dalam ayat. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana mereka tidak menyesuaikan IF yang dibentuk dengan kedudukan dalam ‘irab.