Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial (TKS) di Institusi Pengajian Tinggi. Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dan Model Tekad Keusahawanan Sosial,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Radin A Rahman, Radin Siti Aishah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/1/FPP%202016%2016IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.60014
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.600142018-04-06T04:00:48Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/ Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi Radin A Rahman, Radin Siti Aishah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial (TKS) di Institusi Pengajian Tinggi. Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dan Model Tekad Keusahawanan Sosial, Ernst (2011) telah dijadikan sebagai asas kajian ini. Kajian deskriptifkorelasi dikhususkan kepada faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial untuk meramal TKS. Seramai 742 sampel yang terdiri daripada pelajar IPT dan Alumni ENACTUS telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut pembahagian universiti penyelidikan, berfokus,komprehensif dan swasta. Statistik deskriptif digunakan sebagai langkah pertama analisis kajian bagi mendapatkan ciri-ciri demografi, tahap TKS,personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial. Manakala statistik inferensi melibatkan analisis perbezaan menggunakan ANOVA dua hala bagi TKS yang berlainan status keanggotaan ENACTUS mengikut kategori universiti. Manakala, hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS dianalisis menggunakan pekali korelasi Pearson. Seterusnya dilanjutan dengan teknik SEM bagi menguji pengaruh faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial ke atas TKS serta kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana. Penemuan kajian mendapati tahap TKS dan modal sosial adalah sederhana bagi pelajar IPT dan Alumni ENACTUS. Sebaliknya, tahap personaliti usahawan adalah tinggi bagi anggota ENACTUS. Manakala, tahap modal insan adalah sederhana bagi pelajar IPT. Namun, tahap modal insan adalah tinggi bagi Alumni ENACTUS. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan kecil yang signifikan bagi TKS anggota ENACTUS antara universiti penyelidikan dengan universiti berfokus. Selain itu, wujud hubungan positif antara ketiga-tiga faktor dengan TKS. Model struktural menunjukkan ketiga-tiga faktor peramal menyumbang 45.4% varians ke atas TKS dengan modal insan merupakan faktor paling tinggi menyumbang kepada TKS, diikuti personaliti usahawan dan modal sosial. Selain itu, status anggota ENACTUS memberi kesan yang positif ke atas hubungan faktor personaliti usahawan dengan TKS. Model ini dapat dijelaskan oleh 8 item TKS, 4 item personaliti usahawan, 11 item modal insan dan 4 item modal sosial dalam kalangan anggota ENACTUS di IPT. Akhirnya, kajian ini mengesahkan bahawa status anggota ENACTUS bertindak sebagai penyederhana hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS di IPT. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dalam menentukan faktor luaran yang bertindak sebagai peramal terhadap keinginan keusahawanan sosial. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada pihak universiti dan penggubal dasar untuk mengimbangi strategi pembudayaan keusahawanan sedia ada di samping memperkukuh Pelan Perusahaan Sosial Malaysia (2015-2018). Selain itu, ujian saringan dapat dilakukan dengan mengenal pasti potensi individu yang memiliki ciri-ciri personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial, sebagaimana yang diinginkan oleh setiap organisasi keusahawanan sosial. Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dengan menjadikan keusahawanan sosial sebagai aspirasi kerjaya setelah mereka bergraduat kelak. 2016-02 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/1/FPP%202016%2016IR.pdf Radin A Rahman, Radin Siti Aishah (2016) Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial (TKS) di Institusi Pengajian Tinggi. Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dan Model Tekad Keusahawanan Sosial, Ernst (2011) telah dijadikan sebagai asas kajian ini. Kajian deskriptifkorelasi dikhususkan kepada faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial untuk meramal TKS. Seramai 742 sampel yang terdiri daripada pelajar IPT dan Alumni ENACTUS telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut pembahagian universiti penyelidikan, berfokus,komprehensif dan swasta. Statistik deskriptif digunakan sebagai langkah pertama analisis kajian bagi mendapatkan ciri-ciri demografi, tahap TKS,personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial. Manakala statistik inferensi melibatkan analisis perbezaan menggunakan ANOVA dua hala bagi TKS yang berlainan status keanggotaan ENACTUS mengikut kategori universiti. Manakala, hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS dianalisis menggunakan pekali korelasi Pearson. Seterusnya dilanjutan dengan teknik SEM bagi menguji pengaruh faktor personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial ke atas TKS serta kesan status anggota ENACTUS sebagai penyederhana. Penemuan kajian mendapati tahap TKS dan modal sosial adalah sederhana bagi pelajar IPT dan Alumni ENACTUS. Sebaliknya, tahap personaliti usahawan adalah tinggi bagi anggota ENACTUS. Manakala, tahap modal insan adalah sederhana bagi pelajar IPT. Namun, tahap modal insan adalah tinggi bagi Alumni ENACTUS. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan kecil yang signifikan bagi TKS anggota ENACTUS antara universiti penyelidikan dengan universiti berfokus. Selain itu, wujud hubungan positif antara ketiga-tiga faktor dengan TKS. Model struktural menunjukkan ketiga-tiga faktor peramal menyumbang 45.4% varians ke atas TKS dengan modal insan merupakan faktor paling tinggi menyumbang kepada TKS, diikuti personaliti usahawan dan modal sosial. Selain itu, status anggota ENACTUS memberi kesan yang positif ke atas hubungan faktor personaliti usahawan dengan TKS. Model ini dapat dijelaskan oleh 8 item TKS, 4 item personaliti usahawan, 11 item modal insan dan 4 item modal sosial dalam kalangan anggota ENACTUS di IPT. Akhirnya, kajian ini mengesahkan bahawa status anggota ENACTUS bertindak sebagai penyederhana hubungan antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan TKS di IPT. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuhan Teori Tingkah laku Terancang, Ajzen (1991) dalam menentukan faktor luaran yang bertindak sebagai peramal terhadap keinginan keusahawanan sosial. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada pihak universiti dan penggubal dasar untuk mengimbangi strategi pembudayaan keusahawanan sedia ada di samping memperkukuh Pelan Perusahaan Sosial Malaysia (2015-2018). Selain itu, ujian saringan dapat dilakukan dengan mengenal pasti potensi individu yang memiliki ciri-ciri personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial, sebagaimana yang diinginkan oleh setiap organisasi keusahawanan sosial. Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dengan menjadikan keusahawanan sosial sebagai aspirasi kerjaya setelah mereka bergraduat kelak.
format Thesis
author Radin A Rahman, Radin Siti Aishah
spellingShingle Radin A Rahman, Radin Siti Aishah
Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
author_facet Radin A Rahman, Radin Siti Aishah
author_sort Radin A Rahman, Radin Siti Aishah
title Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
title_short Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
title_full Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
title_fullStr Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
title_full_unstemmed Kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
title_sort kesan status anggota enactus sebagai penyederhana antara personaliti usahawan, modal insan dan modal sosial dengan tekad keusahawanan sosial di institusi pengajian tinggi
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/1/FPP%202016%2016IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60014/
_version_ 1643837236265877504
score 13.211869