Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan pencapaian Pendidikan Islam dan mengenalpasti hubungannya terhadap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat pertalian antara pemboleh ubahpemboleh ubah berkenaa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/1/FPP%202013%2078IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.59826 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.598262018-03-30T02:38:53Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/ Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor Abdul Razak, Khadijah Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan pencapaian Pendidikan Islam dan mengenalpasti hubungannya terhadap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat pertalian antara pemboleh ubahpemboleh ubah berkenaan serta melihat sumbangan gaya pembelajaran dan pencapaian Pendidikan Islam terhadap penghayatan akhlak. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 715 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat di 10 buah sekolah menengah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang merangkumi instrumen gaya pembelajaran Pendidikan Islam, maklumat berkaitan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, penghayatan akhlak,dan soalan senario berkaitan penghayatan akhlak. Nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah di antara 0.60 – 0.82. Statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawap persoalan kajian. Manakala analisis statistik inferensi dilaksanakan untuk menjawap persoalan kajian berkaitan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dan hubungan pencapaian dengan penghayatan akhalak. Selain itu, analisis pengantara turut dijalankan untuk mengkaji sama ada pencapaian Pendidikan Islam merupakan perantara kepada hubungan gaya pembelajaran dengan penghayatan akhlak. Dari segi gaya pembelajaran Pendidikan Islam, hasil kajian mendapati bahawa dua gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh para responden iaitu gaya pembelajaran dorongan dan gaya pembelajaran permukaan dengan nilai min keduanya 3.84. Selain itu, pelajar turut mengamalkan gaya pembelajaran mendalam (min 3.59) dan gigih usaha (min 3.24). Hanya satu gaya pembelajaran kurang diamalkan oleh pelajar iaitu gaya pembelajaran terancang (min 2.61). Analisis berkaitan dengan penghayatan akhlak pula menunjukkan bahawa secara keseluruhan, penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Selangor berada pada tahap tinggi (min 2.95). Hasil analisis penghayatan akhlak berdasarkan senario pula menunjukkan tahap penghayatan akhlak secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min 3.22). Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar dapat memilih tindakan yang tepat dalam sesuatu situasi. Dapatan analisis hubungan mendapati wujud hubungan yang signifikan pada tahap sederhana di antara gaya pembelajaran dorongan dengan gred Pendidikan Islam PMR dan antara gaya pembelajaran permukaan dengan gred Pendidikan Islam PMR. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan pada tahap rendah di antara gaya pembelajaran mendalam dengan gred Pendidikan Islam PMR dan di antara gaya pembelajaran gigih usaha dengan gred Pendidikan Islam PMR. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan pada tahap sederhana di antara pencapaian Pendidikan Islam dengan penghayatan akhlak secara keseluruhan.Seterusnya hasil kajian menunjukkan pencapaian Pendidikan Islam merupakan pengantara separa (partial mediator) terhadap hubungan antara gaya pembelajaran dengan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Selangor. Kesimpulannya, penemuan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran berkait dengan pencapaian dan juga mempunyai hubungan dengan penghayatan akhlak pelajar. Justeru, dalam memastikan kemanjadian pelajar, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu menitikberatkan ilmu kemahiran dan pengurusan pembelajaran bagi melahirkan insan cemerlang yang memiliki keimanan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan tentang Islam dalam kehidupan. 2013-01 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/1/FPP%202013%2078IR.pdf Abdul Razak, Khadijah (2013) Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
description |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran dan pencapaian Pendidikan Islam dan mengenalpasti hubungannya terhadap penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat pertalian antara pemboleh ubahpemboleh ubah berkenaan serta melihat sumbangan gaya pembelajaran dan pencapaian Pendidikan Islam terhadap penghayatan akhlak.
Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 715 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat di 10 buah sekolah menengah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang merangkumi instrumen gaya pembelajaran Pendidikan Islam, maklumat berkaitan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, penghayatan akhlak,dan soalan senario berkaitan penghayatan akhlak. Nilai kebolehpercayaan
alfa Cronbach ialah di antara 0.60 – 0.82. Statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawap persoalan kajian. Manakala analisis statistik inferensi dilaksanakan untuk menjawap
persoalan kajian berkaitan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian dan hubungan pencapaian dengan penghayatan akhalak. Selain itu, analisis pengantara turut dijalankan untuk mengkaji sama ada
pencapaian Pendidikan Islam merupakan perantara kepada hubungan gaya pembelajaran dengan penghayatan akhlak.
Dari segi gaya pembelajaran Pendidikan Islam, hasil kajian mendapati bahawa dua gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh para responden iaitu gaya pembelajaran dorongan dan gaya pembelajaran permukaan dengan nilai min keduanya 3.84. Selain itu, pelajar turut
mengamalkan gaya pembelajaran mendalam (min 3.59) dan gigih usaha (min 3.24). Hanya satu gaya pembelajaran kurang diamalkan oleh pelajar iaitu gaya pembelajaran terancang (min 2.61).
Analisis berkaitan dengan penghayatan akhlak pula menunjukkan bahawa secara keseluruhan, penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Selangor berada pada tahap tinggi (min 2.95). Hasil analisis penghayatan
akhlak berdasarkan senario pula menunjukkan tahap penghayatan akhlak secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min 3.22). Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar dapat memilih tindakan yang tepat dalam sesuatu situasi.
Dapatan analisis hubungan mendapati wujud hubungan yang signifikan pada tahap sederhana di antara gaya pembelajaran dorongan dengan gred Pendidikan Islam PMR dan antara gaya pembelajaran permukaan dengan gred Pendidikan Islam PMR. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan pada tahap rendah di antara gaya pembelajaran mendalam dengan gred Pendidikan Islam PMR dan di antara gaya pembelajaran gigih usaha dengan gred Pendidikan Islam PMR. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan pada tahap
sederhana di antara pencapaian Pendidikan Islam dengan penghayatan akhlak secara keseluruhan.Seterusnya hasil kajian menunjukkan pencapaian Pendidikan Islam merupakan pengantara separa (partial mediator) terhadap hubungan antara gaya pembelajaran dengan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Selangor.
Kesimpulannya, penemuan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran berkait dengan pencapaian dan juga mempunyai hubungan dengan penghayatan akhlak pelajar. Justeru, dalam memastikan kemanjadian pelajar, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu menitikberatkan ilmu kemahiran dan pengurusan pembelajaran bagi melahirkan insan cemerlang yang memiliki keimanan, kefahaman,
penghayatan dan pengamalan tentang Islam dalam kehidupan. |
format |
Thesis |
author |
Abdul Razak, Khadijah |
spellingShingle |
Abdul Razak, Khadijah Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
author_facet |
Abdul Razak, Khadijah |
author_sort |
Abdul Razak, Khadijah |
title |
Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
title_short |
Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
title_full |
Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
title_fullStr |
Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
title_full_unstemmed |
Gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor |
title_sort |
gaya pembelajaran, pencapaian pendidikan islam, dan penghayatan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di selangor |
publishDate |
2013 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/1/FPP%202013%2078IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59826/ |
_version_ |
1643837184161087488 |
score |
13.211869 |