Kaedah pemilihan media pengajaran komponen sastera (KOMSAS) oleh guru cemerlang Bahasa Melayu

Pemilihan media pengajaran merupakan satu elemen atau langkah wajib yang berperanan penting dalam reka bentuk pengajaran. Media pengajaran yang dipilih akan menentukan keberkesanan dan impak proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka kaedah pemilihan media peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ling, Tian Wong, Md Khambari, Mas Nida
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59412/1/Kaedah%20pemilihan%20media%20pengajaran%20komponen%20sastera%20%28KOMSAS%29%20oleh%20guru%20cemerlang%20Bahasa%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59412/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol-3-2-november-2017
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemilihan media pengajaran merupakan satu elemen atau langkah wajib yang berperanan penting dalam reka bentuk pengajaran. Media pengajaran yang dipilih akan menentukan keberkesanan dan impak proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka kaedah pemilihan media pengajaran komponen sastera (KOMSAS) oleh guru cemerlang Bahasa Melayu. Kaedah pemilihan akan diteroka dari aspek jenis media pengajaran dan faktor pemilihan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan mengumpul data melalui tiga sumber iaitu temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Dua orang guru cemerlang Bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu lebih daripada 30 tahun telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Lapan sesi temu bual dijalankan dalam bentuk separa berstruktur. Data temu bual disokong dengan pemerhatian terhadap proses pengajaran di dalam kelas, jenis media pengajaran yang digunakan oleh guru serta hasil kerja pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa guru cemerlang memilih dan mengintegrasikan pelbagai jenis media iaitu bahan cetak, manusia, aktiviti, dan bahan grafik dalam pengajaran KOMSAS. Kedua-dua guru cemerlang tersebut telah mengambil kira faktor ketersediaan, tahap pengetahuan pelajar, kemahiran guru, dan objektif pembelajaran sebelum memilih media pengajaran.