Hubungan antara komitmen sukan dan burnout atlet Universiti Putra Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap komitmen sukan dan tahap burnout serta hubungan antara keduanya dalam kalangan atlet yang mewakilli Universiti Putra Malaysia (UPM). Subjek kajian terdiri daripada 150 atlet yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Subjek diminta mengisi borang soal seli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Wahid, Nur Hidayah, Yusof, Aminuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58795/1/35-35.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58795/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap komitmen sukan dan tahap burnout serta hubungan antara keduanya dalam kalangan atlet yang mewakilli Universiti Putra Malaysia (UPM). Subjek kajian terdiri daripada 150 atlet yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Subjek diminta mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan tentang komitmen sukan (Scanlan et al. 1993) dan model burnout atlet (Raedeke 2001). Dapatan menunjukkan majoriti atlet (n=79, 52.7%) mempunyai komitmen sukan pada tahap tinggi. Bagi tahap burnout pula, majoriti atlet berada pada tahap sederhana (n=71, 47.3%). Analisis korelasi melaporkan hubungan signifikan yang negatif antara komitmen sukan dan burnout (r=-0.334, p < 0.001). Ini menunjukkan sekiranya komitmen sukan berada pada tahap tinggi maka burnout adalah rendah. Atlet yang tinggi tahap burnout akan sering mempunyai perasaan yang negatif terhadap sukannya yang akan mempengaruhi tahap burnout atlet seterusnya mereka mungkin akan meninggalkan kariernya sebagai atlet sekiranya tidak diatasi.