Nilai budaya dalam novel penulis ASEAN

Nilai budaya menggambarkan perilaku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Pemahaman tentang sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menentukan konteks perilaku masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, nilai budaya bagi setiap masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Kadang kala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Kiram, Norazlina, Kura, Coretta Herliana, Kamarudin, Kamariah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58264/1/Nilai%20budaya%20dalam%20novel%20penulis%20ASEAN.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58264/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20171229151841JURNAL_MAHAWANGSA_VOL._4_(1)_JUN_2017-min.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nilai budaya menggambarkan perilaku manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Pemahaman tentang sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menentukan konteks perilaku masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, nilai budaya bagi setiap masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Kadang kala berlaku persamaan budaya dan dalam kebanyakan masa pula berlaku pertembungan budaya. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan membincangkan nilai budaya masyarakat berdasarkan tiga buah novel terpilih, iaitu novel Laskar Pelangi-2007 (Indonesia), Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau di Rembau-2015 (Singapura) dan Sarjana Bangsa-2015 (Malaysia), yang ketiga-tiganya merupakan penulis ASEAN. Selain itu, perbandingan nilai budaya dalam ketiga-tiga novel akan dikupas berdasarkan kerangka kebudayaan Anwar Din (2008). Aspek kebudayaan yang ditekankan ialah etos, norma, kepercayaan, pandangan dunia, simbol, dan hasil dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat ASEAN berkongsi nilai budaya yang hampir sama dalam kebanyakan aspek. Hal ini mungkin disebabkan ketiga-tiga karya tersebut dihasilkan oleh pengkarya yang mempunyai latar kebudayaan dalam lingkungan negara ASEAN. Secara keseluruhannya, novel yang dikaji memaparkan nilai budaya dan kesantunan berbahasa yang tinggi.