Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media

Retorik dalam laporan media memainkan peranan yang penting dalam usaha memujuk dan mempengaruhi pengguna tentang perubahan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan. Penggunaan retorik yang berkesan mampu mengubah persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu isu yang dibicarakan dalam media. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Muhammad Mazlan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57439/1/FBMK%202015%2021RR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Retorik dalam laporan media memainkan peranan yang penting dalam usaha memujuk dan mempengaruhi pengguna tentang perubahan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan. Penggunaan retorik yang berkesan mampu mengubah persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu isu yang dibicarakan dalam media. Kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti, menganalisis, dan kelebihan penggunaan retorik dalam media ke arah perubahan sosioekonomi masyarakat. Kajian ini menggunakan Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos dan Brown sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks laporan media secara tekstual dan kontekstual. Dapatan analisis mendapati bahawa retorik digunakan dalam teks laporan media dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk kata, frasa, klausa, ayat, atau wacana. Selain itu, dalam kajian ini pelapor media menggunakan lima jenis retorik, iaitu jenis pemujukan, penerangan, pendedahan, penghujahan, dan pemerian yang dikenal pasti dalam teks laporan media. Manakala analisis dari sudut kelebihan retorik memaparkan bahawa terdapat pelbagai gaya retorik yang digunakan oleh pelapor media dalam mempengaruhi dan meyakinkan masyarakat untuk menerima perubahan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan.