Tinjauan awal interaksi guru - kanak-kanak dalam pemupukan pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah
Pemupukan pemikiran kreatif sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kerana mereka merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana interaksi seharian antara guru dan kanak-kanak dalam perkembangan pemikiran krea...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
WorldConferences.net
2014
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56672/1/Tinjauan%20awal%20interaksi%20guru%20-%20kanak-kanak%20dalam%20pemupukan%20pemikiran%20kreatif%20kanak-kanak%20prasekolah.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56672/ https://worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/index.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemupukan pemikiran kreatif sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kerana mereka merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana interaksi seharian antara guru dan kanak-kanak dalam perkembangan pemikiran kreatif kanak-kanak di prasekolah KPM. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini. Subjek terdiri daripada tiga orang guru prasekolah yang mengajar di kelas Prasekolah KPM dan semua kanak-kanak di dalam kelas tersebut diperhatikan. Enam orang kanak-kanak pula telah dipilih sebagai sampel bertujuan. Interaksi guru dan kanak-kanak dilihat dari segi gaya pengajaran, penyoalan dan respon guru terhadap pertanyaan atau jawapan kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap guru memainkan peranan penting dalam menentukan persediaan, penyediaan bahan rangsangan dan emosi guru yang akan mempengaruhi gaya pengajaran guru, emosi serta gaya pembelajaran kanak-kanak. Bahan rangsangan akan mempengaruhi ‘mood’ dan idea kepada guru untuk bertanya soalan seterusnya memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Namun kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang bagaimanakah interaksi antara guru dengan kanak-kanak dalam ruang yang lebih besar dengan bilangan sampel kajian yang lebih ramai agar kajian ini boleh digeneralisasikan. |
---|