Perbandingan definisi sastera Islami menurut pandangan sarjana dunia Arab dan alam Melayu
Kepelbagaian dan kerencaman idea mahupun pendapat terhadap sesuatu isu dan perkara merupakan sesuatu yang menarik apatah lagi melibatkan dua kebudayaan yang berbeza. Hal yang sama juga tidak terkecuali melibatkan sastera Islami dalam menghadapi fenomena ini rentetan daripada perkembangan pesat idea...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Usuli Faqih Research Centre PLT
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53519/1/Perbandingan%20definisi%20sastera%20Islami%20menurut%20pandangan%20sarjana%20dunia%20Arab%20.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53519/ https://al-qanatir.com/index.php/qanatir/article/view/28 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepelbagaian dan kerencaman idea mahupun pendapat terhadap sesuatu isu dan perkara merupakan sesuatu yang menarik apatah lagi melibatkan dua kebudayaan yang berbeza. Hal yang sama juga tidak terkecuali melibatkan sastera Islami dalam menghadapi fenomena ini rentetan daripada perkembangan pesat idea ini yang pada awalnya dicetuskan oleh sarjana terkenal dunia Arab iaitu Abu Hasan cAli al-Nadwiyy sehingga memberi kesan kepada kebudayaan luar antaranya alam Melayu. Bermula dengan detik itu telah menyaksikan percambahan para pengkaji dan cendekiawan khususnya dari dunia Arab dan alam Melayu yang berkecimpung dalam lapangan sastera Islami sehingga memberikan sumbangan yang cukup signifikan ke arah pembinaan asas-asas penting termasuklah berkaitan dengan pendefinisian. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini ingin melakukan perbandingan terhadap pendefinisian sastera Islami antara sarjana dunia Arab dan alam Melayu. Reka bentuk kajian ini secara asasnya ialah analisis kandungan serta menggunakan metode analisis dokumen dan perbandingan sebagai wahana untuk menganalisis pandangan sarjana dunia Arab dan Melayu berkaitan dengan definisi sastera Islami. Hasil akhir kajian ini telah memperlihatkan bahawa kebanyakan pandangan yang dilontarkan oleh sarjana dunia Arab amat mementingkan aspek struktural dalam pembinaan definisi mereka berbanding sarjana alam Melayu yang lebih menggambarkan secara umum dan tersirat. Walaupun demikian, matlamat akhir yang diletakkan oleh para sarjana dari kedua-dua kebudayaan yang berbeza ini tetap menuju kepada arah yang sama iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. |
---|