Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar teknik dan vokasional di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Faktor-faktor peramal tersebut adalah konsep kendiri, motivasi pencapaian, penglibatan kokurikulum,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kadir, Zaharuddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/1/FPP%202014%2053.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.52172
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.521722024-10-16T02:53:28Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/ Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara Abdul Kadir, Zaharuddin Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar teknik dan vokasional di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Faktor-faktor peramal tersebut adalah konsep kendiri, motivasi pencapaian, penglibatan kokurikulum, faktor guru dan faktor persekitaran bengkel. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilaksanakan dengan menggunakan satu set borang soal-selidik. Borang soal-selidik ini diadaptasi daripada kajian SCANS yang telah diubahsuai supaya ia menepati kepada kehendak persoalan kajian ini. Seramai 262 pelajar dari pusat pengajian kemahiran iaitu dari Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan Teknologi Eklektik telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berkelompok. Data yang telah dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan analisis inferens. Statistik kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai digunakan untuk memerihalkan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor peramal dan juga menentukan tahap faktor peramal berpandukan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Ujian-t sampel bebas digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran kebolehpasaran antara pelajar di Kolej Komuniti dan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara. Hasil kajian mendapati sebahagian besar faktor peramal mencatatkan nilai pada tahap sederhana dan tinggi. Terdapat perbezaan kemahiran kebolehpasaran yang signifikan (t (260) = 2.06, p= .04), antara pelajar Kolej Komuniti (M = 165.12, SD = 20.52) dengan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (M = 160.42, SD = 16.17). Namun begitu, jika berpandukan kepada Purata Nilai Gred Kumulatif kemahiran kebolehpasaran tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan [F (2 , 259) = .059, p = .95]. Semua faktor peramal menunjukkan hubungan positif dengan kemahiran kebolehpasaran. Analisis ujian regresi berganda mendapati, gabungan lima faktor peramal berjaya meramalkan 47 % varian kemahiran kebolehpasaran (R2 = .47) dengan faktor guru merupakan peramal utama (Beta = .417; p = .00) . Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menentukan peramal utama kepada kemahiran kebolehpasaran. 2014-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/1/FPP%202014%2053.pdf Abdul Kadir, Zaharuddin (2014) Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Employability - Malaysia Students - Employment - Malaysia Vocational education - Malaysia
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Employability - Malaysia
Students - Employment - Malaysia
Vocational education - Malaysia
spellingShingle Employability - Malaysia
Students - Employment - Malaysia
Vocational education - Malaysia
Abdul Kadir, Zaharuddin
Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
description Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar teknik dan vokasional di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara. Faktor-faktor peramal tersebut adalah konsep kendiri, motivasi pencapaian, penglibatan kokurikulum, faktor guru dan faktor persekitaran bengkel. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilaksanakan dengan menggunakan satu set borang soal-selidik. Borang soal-selidik ini diadaptasi daripada kajian SCANS yang telah diubahsuai supaya ia menepati kepada kehendak persoalan kajian ini. Seramai 262 pelajar dari pusat pengajian kemahiran iaitu dari Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus kemahiran yang berkaitan dengan Teknologi Eklektik telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berkelompok. Data yang telah dikumpul telah dianalisis secara deskriptif dan analisis inferens. Statistik kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai digunakan untuk memerihalkan persepsi pelajar terhadap faktor-faktor peramal dan juga menentukan tahap faktor peramal berpandukan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Ujian-t sampel bebas digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran kebolehpasaran antara pelajar di Kolej Komuniti dan pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara. Hasil kajian mendapati sebahagian besar faktor peramal mencatatkan nilai pada tahap sederhana dan tinggi. Terdapat perbezaan kemahiran kebolehpasaran yang signifikan (t (260) = 2.06, p= .04), antara pelajar Kolej Komuniti (M = 165.12, SD = 20.52) dengan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (M = 160.42, SD = 16.17). Namun begitu, jika berpandukan kepada Purata Nilai Gred Kumulatif kemahiran kebolehpasaran tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan [F (2 , 259) = .059, p = .95]. Semua faktor peramal menunjukkan hubungan positif dengan kemahiran kebolehpasaran. Analisis ujian regresi berganda mendapati, gabungan lima faktor peramal berjaya meramalkan 47 % varian kemahiran kebolehpasaran (R2 = .47) dengan faktor guru merupakan peramal utama (Beta = .417; p = .00) . Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menentukan peramal utama kepada kemahiran kebolehpasaran.
format Thesis
author Abdul Kadir, Zaharuddin
author_facet Abdul Kadir, Zaharuddin
author_sort Abdul Kadir, Zaharuddin
title Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
title_short Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
title_full Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
title_fullStr Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
title_full_unstemmed Faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara
title_sort faktor peramal kemahiran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar di kolej komuniti dan institut kemahiran belia negara
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/1/FPP%202014%2053.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52172/
_version_ 1814054573504987136
score 13.211869