Hubungan antara amalan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) dalam gelombang ke-2 (2016 - 2020) iaitu “Memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif” (PPPM, 2013). Maka kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Azhar, Basri, Ramli, Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah, Asimiran, Soaib
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51037/1/Hubungan%20antara%20amalan%20kepemimpinan%20distributif%20pengetua%20dan%20kepemimpinan%20guru%20di%20sekolah%20menengah.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51037/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol-2-2-november-2016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) dalam gelombang ke-2 (2016 - 2020) iaitu “Memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif” (PPPM, 2013). Maka kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif dan kepemimpinan guru di sekolah menengah. Seterusnya menentukan hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berdasarkan persepsi 400 responden dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang mengabungkan dua soal seldik iaitu Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Bahagian Pendidikan Connecticut State (CSDE) dan Teacher Leadership School Survey (TLSS) oleh Katzenmeyer dan Moller (2001). Dapatan kajian menunjukkan seramai 341 (85.2%) orang guru menyatakan amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi. Bagi kepemimpinan guru, seramai 338 (84.5%) orang guru menyatakan amalan kepemimpinan guru di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi. Seterusnya didapati bahawa kepemimpinan disributif mempunyai hubungan positif dan signifikan yang kuat dengan kepemimpinan guru (r = .855, p = .000) di sekolah menengah. Dapatan ini menunjukkan bahawa telah wujud hubungan pada tahap yang tinggi antara kepemimpinan distributif dan kepemimpinan guru selaras dengan aspirasi PPPM 2013 – 2025.