Faktor peramal pengurusan hutang dalam kalangan pekerja muda

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (2014), mendapati bahawa 58% individu yang diisytihar muflis adalah golongan pekerja muda. Ini jelas menggambarkan ketidakmampuan pekerja muda menguruskan hutang dengan bijak. Selain berhadapan dengan perubahan fasa kehidupan, pekerja muda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Nuraini, Sabri, Mohamad Fazli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51034/1/Faktor%20peramal%20pengurusan%20hutang%20dalam%20kalangan%20pekerja%20muda.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51034/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol-2-2-november-2016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (2014), mendapati bahawa 58% individu yang diisytihar muflis adalah golongan pekerja muda. Ini jelas menggambarkan ketidakmampuan pekerja muda menguruskan hutang dengan bijak. Selain berhadapan dengan perubahan fasa kehidupan, pekerja muda turut berada dalam keadaan ketidakcukupan pendapatan yang menyebabkan mereka berhutang. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat faktor peramal kepada pengurusan hutang dalam kalangan pekerja muda. Seramai 508 orang responden iaitu 57.1% terdiri daripada kakitangan awam selebihnya terdiri daripada kakitangan swasta yang berumur 40 tahun ke bawah telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan rawak berlapis dilakukan di zon tengah iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Perak menggunakan borang soal selidik (self administered). Hasil kajian menunjukkan bahawa, peratusan tertinggi literasi kewangan dan stres kewangan adalah pada tahap yang sederhana. Didapati bahawa pekerja muda memiliki estim diri yang positif manakala peratusan responden tertinggi dalam pengurusan hutang adalah di tahap yang rendah. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara literasi kewangan, sikap ketidakcukupan terhadap wang, sikap usaha/keupayaan terhadap wang, dan estim diri dengan pengurusan hutang pekerja muda. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan signifikan yang negatif antara sikap obsesi terhadap wang dan stres kewangan dengan pengurusan hutang pekerja muda. Selain itu, ujian analisis Regrasi Pelbagai yang dilakukan mendapati bahawa jantina, status kewangan, sikap obsesi terhadap wang, estim diri dan stres kewangan merupakan faktor penyumbang dengan estim diri merupakan peramal utama dalam kajian pengurusan hutang ini. Kajian ini memberi manafaat kepada para majikan agar menyediakan program pendidikan kewangan yang sesuai kepada kumpulan pekerja muda yang lebih terdedah kepada isu dan masalah berkaitan dengan muflis di usia muda. Pendidikan kewangan di tempat kerja dilihat sebagai salah satu program intervensi yang wajar diperkenalkan.