Elemen yang memudahkan cara pemikiran moral guru pelatih pendidikan moral
Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan elemen-elemen yang memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral. Pemikiran moral merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh guru Pendidikan Moral untuk digelar sebagai guru yang berkualiti. Kurangny...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50613/1/FPP%202014%2032.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50613/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan elemen-elemen yang memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral. Pemikiran moral merupakan salah satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh guru Pendidikan Moral untuk digelar sebagai guru yang berkualiti. Kurangnya keupayaan guru dalam aspek pemikiran moral boleh menjadi punca mereka kurang berupaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan efektif. Kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan kajian berikut: (1) Apakah elemen-elemen yang memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral? (2) Apakah elemen-elemen dalam kursus-kursus teras program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral? Reka bentuk kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes dipilih untuk menjawab persoalan kajian ini. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan ujian saringan yang menggunakan ‘Skala Pemikiran Moral’. Seterusnya, teknik temu bual semi berstruktur digunakan untuk mengumpul data daripada 7 peserta kajian yang terdiri daripada guru pelatih Pendidikan Moral yang berada di tahun akhir pengajian. Data telah dianalisis dengan membina kategori dan tema bagi menjawab persoalan kajian ini. Kajian ini menemui bahawa terdapat empat elemen yang memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral iaitu elemen keluarga, agama, rakan sebaya dan jati diri. Ia juga mendapati bahawa terdapat dua elemen di dalam Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral) yang memudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral iaitu pengalaman kursus dan strategi pembelajaran aktif. Oleh itu program penyediaan guru Pendidikan Moral sedia ada perlu mempertimbangkan keperluan elemen pemudah cara pemikiran moral pasca-konvensional guru pelatih Pendidikan Moral untuk menghasilkan guru yang berkualiti. |
---|