Manifesto barisan nasional sebagai agenda akhbar bahasa melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum
Tujuan utama kajian ini bagi mengenal pasti agenda akhbar bahasa Melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai agenda akhbar bahasa Melayu ketika pilihan raya umum untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 19...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2008
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4754/1/FBMK_2008_4.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4754/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama kajian ini bagi mengenal pasti agenda akhbar bahasa Melayu semasa tempoh kempen pilihan raya umum. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai agenda akhbar bahasa Melayu ketika pilihan raya umum untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999. Model kajian ini berdasarkan Teori Penentuan Agenda. Satu analisis kandungan telah dilakukan terhadap 50 naskhah Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kajian ini mendapati 11 tema utama yang kerap digunakan dalam manifesto Barisan Nasional iaitu politik, dasar luar, pembangunan, ekonomi, sosial, pendidikan, keselamatan, agama, kebajikan pekerja, pertanian dan kualiti hidup. Perkara-perkara tersebut juga merupakan tema utama dalam halaman akhbar bahasa Melayu ketika pilihan raya untuk tahun kajian ini dijalankan. Analisis ini juga mendapati 4461 berita yang dimuatkan dalam manifesto Barisan Nasional menerusi 11 tema berita utama didahului oleh politik dan kualiti kehidupan berada pada senarai terakhir. Kajian ini juga menunjukkan manifesto Barisan Nasional dimuatkan dalam kebanyakan bahagian paparan seperti berita Dalam Negeri, Luar Negara, Ruangan Khas, Ruang Utama, Lidah Pengarang, Iklan, Ekonomi, Asean, Forum, Rencana dan Lain-lain. Di samping itu, liputan mengenai Berita, Rencana, Gambar, Lidah Pengarang, Surat kepada Pengarang, Kartun, Kolumnis dan Komentar juga didapati dalam manifesto Barisan Nasional. Kajian ini jelas menunjukkan agenda kedua-dua akhbar bahasa Melayu di negara ini ketika pilihan raya untuk tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999; dibina berdasarkan kandungan manifesto Barisan Nasional. Terdapat perbezaan yang kecil antara kedua-dua akhbar dari aspek liputan berita terhadap manifesto Barisan Nasional semasa tempoh kempen pilihan raya umum. Kajian ini juga mengukuhkan Teori Penentuan Agenda memandangkan kedua-dua akhbar berkenaan menunjukkan kecenderungan terhadap amalan penentuan agenda kerana akhbar-akhbar berkenaan dimiliki oleh parti pemerintah yang mahukan pengamal media kedua-dua akhbar berkenaan menterjemahkan agenda parti dalam semua liputan dalam halaman akhbar mereka. |
---|