Teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom asperger

Sindrom Asperger merupakan gangguan kepada perkembangan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sindrom ini merupakan masalah pembangunan neuro yang memberi kesulitan kepada tahap komunikasi dan sering berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosly, Nurfarhana Shahira, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UMT 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46502/1/Teknik%20pembelajaran%20kanak-kanak%20sindrom%20Asperger.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46502/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sindrom Asperger merupakan gangguan kepada perkembangan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Sindrom ini merupakan masalah pembangunan neuro yang memberi kesulitan kepada tahap komunikasi dan sering berlaku di peringkat awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan mengenai teknik pembelajaran yang yang telah dijalankan bagi mencari pendekatan terbaik terhadap pembangunan kanak-kanak sindrom Asperger. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kertas konsep untuk melihat kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lepas berkenaan tentang teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom Asperger. Selain itu, penelitian melibatkan kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kemerosotan sosial dan gangguan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak sindrom Asperger. Hasil kajian mendapati bahawa masalah kemerosotan sosial dan gangguan bahasa dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger dapat dikurangkan dengan pelaksanaan pelbagai teknik pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar di rumah dan di sekolah. Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada penyelidik seterusnya dalam menerokai teknik dan kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan kanak-kanak sindrom Asperger agar masalah yang berlaku dalam kalangan penghidap sindrom tersebut dapat dikurangkan dengan lancar dan berjaya.