Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor
Gerakan Desa Wawasan (GDW) merupakan gerak kerja yang berteraskan konsep dan pendekatan pembangunan komuniti dan bertujuan bagi mempertingkatkan keupayaan serta tahap pembangunan komuniti desa dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020. GDW menerajui usaha untuk merubah minda dan menggembleng faktor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2004
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/1/549774_fem_2004_9_abstrak_je__dh_pdf_.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.434 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English Malay |
description |
Gerakan Desa Wawasan (GDW) merupakan gerak kerja yang berteraskan konsep dan pendekatan pembangunan komuniti dan bertujuan bagi mempertingkatkan keupayaan serta tahap pembangunan komuniti desa dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020. GDW menerajui usaha untuk merubah minda dan menggembleng faktor sumber manusia kearah memacu pembangunan masyarakat dan negara. Dengan berteraskan pembangunan homocentric, GDW menjadi landasan untuk menggilap potensi dan meningkatkan pendayaupayaan komuniti desa dalam membangunkan diri serta memperkukuhkan dayasaing bagi menghadapi cabaran mendatang. Penyelia dan Pemaju Masyarakat (PPM KEMAS), Bahagian Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), merupakan kakitangan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab dalam merealisasikan dan melaksanakan program-program pembangunan komuniti khususnya dikalangan masyarakat desa di Malaysia. Peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW dilihat penting dan kritikal dalam konteks kedudukan dan fungsi mereka sebagai barisan hadapan untuk membawa perubahan dan pembaharuan. Menjalankan peranan sebagai penggerak GDW memerlukan mereka melaksanakan pelbagai kategori peranan meliputi peranan sebagai penggerak perubahan, penyelidik, pembantu proses dan penghubung sumber.
Kajian ini cuba menilai peranan-peranan dan tahap perlaksanaan peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. Kajian ini juga cuba meneliti faktor-faktor yang dikenalpasti berkaitan dengan peranan mereka. Faktor-faktor tersebut meliputi kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen, urustadbir JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), birokrasi pentadbiran dan pertalian politik.
Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas PPM KEMAS di negeri Selangor yang terlibat dengan perlaksanaan GDW. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soalselidik yang dikemukakan secara temubual. Perbincangan kumpulan juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan selepas sesi soalselidik. Kerjasama dari kumpulan pakar telah diperolehi bagi mengkelompokkan dan menentukan skor dalam aktiviti GDW yang dilaksanakan.
Kajian ini telah dapat menilai tahap pencapaian peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW berdasarkan kelompok aktiviti yang dilaksanakan. Secara umumnya didapati pencapaian peranan sebagai penyelidik dan sebagai pembantu proses berada pada tahap yang rendah, manakala pencapaian peranan sebagai penggerak perubahan dan sebagai penghubung sumber berada pada tahap sederhana. Kajian juga telah meneliti tanggapan PPM KEMAS terhadap faktor-faktor perlaksanaan peranan mereka dan mendapati faktor kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen dan birokrasi pentadbiran berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor urustadbir JKKK dan pertalian politik berada pada tahap sederhana. Seterusnya kajian ini juga telah mengenalpasti perkaitan di antara kategori-katogeri peranan dengan faktor-faktor perlaksanaan peranan tersebut dan mendapati terdapat beberapa perkaitan yang signifikan antara setiap peranan dengan faktor-faktor tersebut. Tiga daripada faktor berkenaan iaitu faktor latihan dan kemahiran, komitmen tugas serta urustadbir JKKK didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan beberapa peranan penggerak GDW.
Kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan ke arah mempertingkatkan keupayaan peranan penggerak GDW dan perlaksanaan GDW. Di antaranya ialah meningkatkan keupayaan penggerak GDW dengan memperluaskan kefahaman terhadap GDW, meningkatkan latihan, kemahiran serta komitmen, mengenalpasti lebih banyak aktiviti GDW, menyediakan garis panduan kepada penggerak GDW, menggunapakai kaedah pendidikan tidak formal, mengurangkan karenah birokrasi pentadbiran, meningkatkan tahap profesionalisma JKKK dan merangka strategi serta mekanisma pelaksanaan GDW dengan lebih jelas |
format |
Thesis |
author |
Shari, Mohd Arpan |
spellingShingle |
Shari, Mohd Arpan Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
author_facet |
Shari, Mohd Arpan |
author_sort |
Shari, Mohd Arpan |
title |
Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
title_short |
Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
title_full |
Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
title_fullStr |
Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
title_full_unstemmed |
Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor |
title_sort |
peranan penyelia dan pemaju masyarakat kemas sebagai penggerak gerakan desa wawasan: satu kajian kes di negeri selangor |
publishDate |
2004 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/1/549774_fem_2004_9_abstrak_je__dh_pdf_.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/ |
_version_ |
1643821822254252032 |
spelling |
my.upm.eprints.4342013-05-27T06:48:19Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/ Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor Shari, Mohd Arpan Gerakan Desa Wawasan (GDW) merupakan gerak kerja yang berteraskan konsep dan pendekatan pembangunan komuniti dan bertujuan bagi mempertingkatkan keupayaan serta tahap pembangunan komuniti desa dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020. GDW menerajui usaha untuk merubah minda dan menggembleng faktor sumber manusia kearah memacu pembangunan masyarakat dan negara. Dengan berteraskan pembangunan homocentric, GDW menjadi landasan untuk menggilap potensi dan meningkatkan pendayaupayaan komuniti desa dalam membangunkan diri serta memperkukuhkan dayasaing bagi menghadapi cabaran mendatang. Penyelia dan Pemaju Masyarakat (PPM KEMAS), Bahagian Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), merupakan kakitangan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab dalam merealisasikan dan melaksanakan program-program pembangunan komuniti khususnya dikalangan masyarakat desa di Malaysia. Peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW dilihat penting dan kritikal dalam konteks kedudukan dan fungsi mereka sebagai barisan hadapan untuk membawa perubahan dan pembaharuan. Menjalankan peranan sebagai penggerak GDW memerlukan mereka melaksanakan pelbagai kategori peranan meliputi peranan sebagai penggerak perubahan, penyelidik, pembantu proses dan penghubung sumber. Kajian ini cuba menilai peranan-peranan dan tahap perlaksanaan peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. Kajian ini juga cuba meneliti faktor-faktor yang dikenalpasti berkaitan dengan peranan mereka. Faktor-faktor tersebut meliputi kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen, urustadbir JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), birokrasi pentadbiran dan pertalian politik. Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas PPM KEMAS di negeri Selangor yang terlibat dengan perlaksanaan GDW. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui borang soalselidik yang dikemukakan secara temubual. Perbincangan kumpulan juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan selepas sesi soalselidik. Kerjasama dari kumpulan pakar telah diperolehi bagi mengkelompokkan dan menentukan skor dalam aktiviti GDW yang dilaksanakan. Kajian ini telah dapat menilai tahap pencapaian peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW berdasarkan kelompok aktiviti yang dilaksanakan. Secara umumnya didapati pencapaian peranan sebagai penyelidik dan sebagai pembantu proses berada pada tahap yang rendah, manakala pencapaian peranan sebagai penggerak perubahan dan sebagai penghubung sumber berada pada tahap sederhana. Kajian juga telah meneliti tanggapan PPM KEMAS terhadap faktor-faktor perlaksanaan peranan mereka dan mendapati faktor kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen dan birokrasi pentadbiran berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor urustadbir JKKK dan pertalian politik berada pada tahap sederhana. Seterusnya kajian ini juga telah mengenalpasti perkaitan di antara kategori-katogeri peranan dengan faktor-faktor perlaksanaan peranan tersebut dan mendapati terdapat beberapa perkaitan yang signifikan antara setiap peranan dengan faktor-faktor tersebut. Tiga daripada faktor berkenaan iaitu faktor latihan dan kemahiran, komitmen tugas serta urustadbir JKKK didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan beberapa peranan penggerak GDW. Kajian ini turut mengemukakan beberapa cadangan ke arah mempertingkatkan keupayaan peranan penggerak GDW dan perlaksanaan GDW. Di antaranya ialah meningkatkan keupayaan penggerak GDW dengan memperluaskan kefahaman terhadap GDW, meningkatkan latihan, kemahiran serta komitmen, mengenalpasti lebih banyak aktiviti GDW, menyediakan garis panduan kepada penggerak GDW, menggunapakai kaedah pendidikan tidak formal, mengurangkan karenah birokrasi pentadbiran, meningkatkan tahap profesionalisma JKKK dan merangka strategi serta mekanisma pelaksanaan GDW dengan lebih jelas 2004-06 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/434/1/549774_fem_2004_9_abstrak_je__dh_pdf_.pdf Shari, Mohd Arpan (2004) Peranan Penyelia dan Pemaju Masyarakat Kemas Sebagai Penggerak Gerakan Desa Wawasan: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay |
score |
13.211869 |