Pemikiran dalam puisi Melayu teks KOMSAS dari sudut teori SPB4L

Kajian ini merupakan satu analisis terhadap pemikiran dalam puisi-puisi Melayu teks Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS). Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4 L (Luhur, Lahir, Logik dan Lateral) yang telah diasaskan oleh Mohd Yusof Hasan dari Universiti P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isahak, Rohana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42801/1/FBMK%202013%2014R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42801/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu analisis terhadap pemikiran dalam puisi-puisi Melayu teks Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS). Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4 L (Luhur, Lahir, Logik dan Lateral) yang telah diasaskan oleh Mohd Yusof Hasan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim (UPSI). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek pemikiran penyair dalam puisi Melayu teks KOMSAS berasaskan teori SPB4L dan seterusnya merumus pemikiran-pemikiran tersebut. Pengkaji membataskan kajian dengan mengkaji puisi Melayu moden dan puisi Melayu tradisional dalam teks KOMSAS dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sebanyak 60 puisi teks KOMSAS yang dijadikan bahan kajian yang merangkumi puisi Melayu moden (sajak) dan puisi Melayu tradisional iaitu syair, pantun dan gurindam. Teks KOMSAS ini dipilih sebagai bahan kajian kerana di dalamnya terkandung unsur-unsur jati diri, nilai budaya dan sejarah pembangunan ketamadunan sesuatu bangsa. Kesemua unsur ini amat penting kepada bukan sahaja golongan remaja malah kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah menganalisis teks. Hasil dapatan dan pengaplikasian kajian menunjukkan puisi-puisi teks KOMSAS memenuhi keempat-empat aspek pemikiran dalam teori SPB4L. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pengaplikasian teori SPB4L dalam puisi-puisi teks KOMSAS amat releven dan tepat.Tegasnya penganalisisan dan penghayatan terhadap puisi-puisi teks KOMSAS ini mampu membentuk individu yang seimbang dan berkembang secara menyeluruh serta bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).