Keberkesanan modul latihan fizikal terhadap peningkatan keyakinan diri dan ketahanan mental pelatih program latihan khidmat negara, Malaysia
Aktiviti fizikal membawa kesan positif kepada kesihatan kita, ia juga berkesan dalam memperkukuhkan kekuatan, keyakinan, keberanian serta daya tahan diri. Di Malaysia, terdapat beberapa modul berbentuk fizikal yang dianjurkan termasuklah modul latihan fizikal di PLKN yang mengambil masa yang lebih...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41454/1/IPSS%202013%201R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41454/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aktiviti fizikal membawa kesan positif kepada kesihatan kita, ia juga berkesan dalam memperkukuhkan kekuatan, keyakinan, keberanian serta daya tahan diri. Di
Malaysia, terdapat beberapa modul berbentuk fizikal yang dianjurkan termasuklah modul latihan fizikal di PLKN yang mengambil masa yang lebih lama berbanding modul fizikal lain. Objektif utama modul latihan fizikal di PLKN adalah
meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri. Justeru, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan modul dalam usaha meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri pelatih. Kajian telah dijalankan ke atas 362 orang pelatih di Kem Putra-putri Alor Gajah, Melaka di mana proses pengumpulan data dijalankan sebanyak dua peringkat (pra dan pasca). Berdasarkan kepada analisis
yang dilakukan, majoriti pelatih mempunyai tahap keyakinan diri dan ketahanan mental yang sederhana bagi kedua-dua peringkat (pra dan pasca). Bagi keputusan perbandingan pra dan pasca bagi kedua-dua pembolehubah pula, kedua-duanya
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (keyakinan diri, p=.000; ketahanan mental, p=.000). Kesimpulannya, hasil yang diperolehi telah menunjukkan bahawa modul latihan fizikal di PLKN mampu untuk meningkatkan ketahanan mental dan keyakinan diri pelatih. Kesan daripada keadaan ini, adalah disyorkan bahawa PLKN di Malaysia perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar dapat
memberikan lebih banyak ruang untuk aktiviti baru yang mencabar untuk ditambah. |
---|