Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan

Pembangunan yang tidak terancang khususnya di kawasan tanah tinggi yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam mengejar keuntungan telah mendatangkan impak yang besar kepada alam sekitar dan penduduk setempat. Isu pembalakan haram, penerokaan pembukaan tanah dalam skala besar-besara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Muda, Che Hamat
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/1/FPAS%202013%207R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.41192
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Pembangunan yang tidak terancang khususnya di kawasan tanah tinggi yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam mengejar keuntungan telah mendatangkan impak yang besar kepada alam sekitar dan penduduk setempat. Isu pembalakan haram, penerokaan pembukaan tanah dalam skala besar-besaran untuk tujuan pertanian komersial dan pencemaran sungai dikawasan tanah tinggi telah dilaporkan berulangkali oleh pihak media massa dan isu ini telah mendapat perhatian dan reaksi yang berbeza oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Menyedari isu-isu yang sensitif ini, maka kajian tentang pengurusan sumber asli ke arah Pembangunan Mapan di Lojing amat perlu dan relevan dijalankan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti status semasa sumber asli yang ada di Lojing, disamping mengkaji tentang penggunaan sumber asli dan impak penggunaannya serta menilai langkah-langkah pengurusan sumber asli yang mapan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kawasan kajian terletak dijajahan kecil Lojing dan bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang. Di kawasan kajian ini, kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk membangunkan kawasan seluas 25,435 hektar bagi tujuan pertanian komersial,petempatan baru dan eko pelancongan mengikut Pelan Pembangunan 10 tahun Tanah Tinggi Lojing 2006 hingga 2015. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologi. Responden kajian terdiri dari 3 kumpulan iaitu 30 orang pihak kerajaan, 30 orang pihak pemaju dan 16 orang Ketua Masyarakat Orang Asli (Tok Batin) yang memberi respon dan menjawab soal selidik berkaitan pengurusan sumber asli di Lojing, Gua Musang. Data yang dikutip daripada responden dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science). Dapatan kajian menunjukkan responden pihak kerajaan dan pihak pemaju projek telah memberi maklumbalas bahawa cara penebangan hutan yang dilakukan oleh pembalak adalah meliputi 70 - 73.3% adalah secara tebangan habis serta pemotongan cerun berbukit (93.3%) oleh pemaju projek pembangunan. Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa sungai-sungai utama di Lojing mengalami pencemaran dari segi pepejal terampai (SS) dan kekeruhan (TURB) adalah disebabkan oleh kerjakerja pembersihan kawasan dan kerja tanah (80%), hakisan tanah (76%), kurang selenggara perangkap enapan (50%), cerun tidak dilindungi (43%) dan tiada kolam enapan dan longkang tepi (30%). Analisis perbandingan berasaskan data sekunder juga telah menunjukkan aktiviti pembalakan, pembukaan tanah bagi tujuan pertanian komersial yang begitu pesat telah menyebabkan sungai-sungai utama di Lojing telah tercemar teruk, dimana nilai bacaan parameter pepejal terampai (SS) 6,197 mg/l,parameter kekeruhan 2,490 (NTU) dan parameter bacteria “E.coli” (12,900 cfu/100ml). Selanjutnya kajian ini juga telah menemui impak penggunaan sumber asli ke atas masyarakat orang asli di Lojing terutama berkaitan penjualan hasil hutan, gangguan hakisan dan tanah runtuh serta perubahan gaya hidup mereka akibat pembangunan projek pertanian komersial di Lojing. Dapatan kajian menunjukkan hasil pendapatan dari sumber-sumber hutan telah berkurangan 100% setelah projek pertanian dijalankan. Responden kajian telah memberi persepsi bahawa gangguan-gangguan hakisan, tanah runtuh dan gangguan bekalan air kerap berlaku dan memberi respon 30.8% kejadian setiap seminggu dan 69.2% kejadian setiap bulan. Keputusan ujian „chi-square‟ (X2) mengenai persepsi pegawai kerajaan dengan melihat aspek pendidikan dimana bacaan nilai X2 (20.244), nilai - P (0.506) dan aspek pengalaman nilai X2 (39.962), nilai - P (0.259) adalah tidak signifikan terhadap cara elak kemusnahan sumber asli dan alam sekitar di Lojing. Keputusan ujian „chisquare‟ (X2) telah dilakukan ke atas responden pemaju projek dan keputusan juga tidak signifikan. Kesimpulannya menunjukkan persepsi responden pegawai kerajaan dan pihak pemaju projek tentang cara elak kemusnahan dan sumber asli di Lojing tidak di pengaruhi oleh faktor pendidikan dan pengalaman mereka mengenali Tanah Tinggi Lojing.
format Thesis
author Che Muda, Che Hamat
spellingShingle Che Muda, Che Hamat
Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
author_facet Che Muda, Che Hamat
author_sort Che Muda, Che Hamat
title Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
title_short Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
title_full Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
title_fullStr Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
title_full_unstemmed Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan
title_sort pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di lojing, gua musang, kelantan
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/1/FPAS%202013%207R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/
_version_ 1643832927044239360
spelling my.upm.eprints.411922016-02-05T04:05:12Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/ Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan Che Muda, Che Hamat Pembangunan yang tidak terancang khususnya di kawasan tanah tinggi yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam mengejar keuntungan telah mendatangkan impak yang besar kepada alam sekitar dan penduduk setempat. Isu pembalakan haram, penerokaan pembukaan tanah dalam skala besar-besaran untuk tujuan pertanian komersial dan pencemaran sungai dikawasan tanah tinggi telah dilaporkan berulangkali oleh pihak media massa dan isu ini telah mendapat perhatian dan reaksi yang berbeza oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Menyedari isu-isu yang sensitif ini, maka kajian tentang pengurusan sumber asli ke arah Pembangunan Mapan di Lojing amat perlu dan relevan dijalankan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti status semasa sumber asli yang ada di Lojing, disamping mengkaji tentang penggunaan sumber asli dan impak penggunaannya serta menilai langkah-langkah pengurusan sumber asli yang mapan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kawasan kajian terletak dijajahan kecil Lojing dan bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang. Di kawasan kajian ini, kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk membangunkan kawasan seluas 25,435 hektar bagi tujuan pertanian komersial,petempatan baru dan eko pelancongan mengikut Pelan Pembangunan 10 tahun Tanah Tinggi Lojing 2006 hingga 2015. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologi. Responden kajian terdiri dari 3 kumpulan iaitu 30 orang pihak kerajaan, 30 orang pihak pemaju dan 16 orang Ketua Masyarakat Orang Asli (Tok Batin) yang memberi respon dan menjawab soal selidik berkaitan pengurusan sumber asli di Lojing, Gua Musang. Data yang dikutip daripada responden dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science). Dapatan kajian menunjukkan responden pihak kerajaan dan pihak pemaju projek telah memberi maklumbalas bahawa cara penebangan hutan yang dilakukan oleh pembalak adalah meliputi 70 - 73.3% adalah secara tebangan habis serta pemotongan cerun berbukit (93.3%) oleh pemaju projek pembangunan. Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa sungai-sungai utama di Lojing mengalami pencemaran dari segi pepejal terampai (SS) dan kekeruhan (TURB) adalah disebabkan oleh kerjakerja pembersihan kawasan dan kerja tanah (80%), hakisan tanah (76%), kurang selenggara perangkap enapan (50%), cerun tidak dilindungi (43%) dan tiada kolam enapan dan longkang tepi (30%). Analisis perbandingan berasaskan data sekunder juga telah menunjukkan aktiviti pembalakan, pembukaan tanah bagi tujuan pertanian komersial yang begitu pesat telah menyebabkan sungai-sungai utama di Lojing telah tercemar teruk, dimana nilai bacaan parameter pepejal terampai (SS) 6,197 mg/l,parameter kekeruhan 2,490 (NTU) dan parameter bacteria “E.coli” (12,900 cfu/100ml). Selanjutnya kajian ini juga telah menemui impak penggunaan sumber asli ke atas masyarakat orang asli di Lojing terutama berkaitan penjualan hasil hutan, gangguan hakisan dan tanah runtuh serta perubahan gaya hidup mereka akibat pembangunan projek pertanian komersial di Lojing. Dapatan kajian menunjukkan hasil pendapatan dari sumber-sumber hutan telah berkurangan 100% setelah projek pertanian dijalankan. Responden kajian telah memberi persepsi bahawa gangguan-gangguan hakisan, tanah runtuh dan gangguan bekalan air kerap berlaku dan memberi respon 30.8% kejadian setiap seminggu dan 69.2% kejadian setiap bulan. Keputusan ujian „chi-square‟ (X2) mengenai persepsi pegawai kerajaan dengan melihat aspek pendidikan dimana bacaan nilai X2 (20.244), nilai - P (0.506) dan aspek pengalaman nilai X2 (39.962), nilai - P (0.259) adalah tidak signifikan terhadap cara elak kemusnahan sumber asli dan alam sekitar di Lojing. Keputusan ujian „chisquare‟ (X2) telah dilakukan ke atas responden pemaju projek dan keputusan juga tidak signifikan. Kesimpulannya menunjukkan persepsi responden pegawai kerajaan dan pihak pemaju projek tentang cara elak kemusnahan dan sumber asli di Lojing tidak di pengaruhi oleh faktor pendidikan dan pengalaman mereka mengenali Tanah Tinggi Lojing. 2013-02 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/41192/1/FPAS%202013%207R.pdf Che Muda, Che Hamat (2013) Pengurusan sumber asli ke arah pembangunan mapan di Lojing, Gua Musang, Kelantan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
score 13.211869