Analisis masa dalam aspek pengajaran pendidikan jasmani dalam kalangan guru opsyen dan guru bukan opsyen di sekolah menengah di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan masa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani (PJ) guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah dan 60 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi respondan dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Borang Penil...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Alauddin, Siti Zarifah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2013
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39322/1/FPP%202013%206R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39322/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan masa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani (PJ) guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah dan 60 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi respondan dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan Borang Penilaian Latihan Mengajar (BPLM) yang diguna oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai panduan dalam menilai pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen PJ di sekolah. Penilaian ini mengandungi 11 item iaitu (1) set induksi, (2) demonstrasi, (3) pemanasan badan, (4) ansur maju, (5) aktiviti berpasangan/kumpulan, (6) gerak kerja kelas/kumpulan, (7) penilaian, (8) gerak kendur, (9) pengurusan peralatan, (10) pengurusan pelajar dan (11) mengemas peralatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan yang wujud bagi aktiviti set induksi (t(58) = 27.02, p =0.01), demonstrasi (t (58) = 2.181, p=0.03), pemanasan badan (t(58)=10.26,p=0.01), aktiviti berpasangan /individu/kumpulan (t (58)= -6.53,p=0.01),gerak kendur (t (58) = 4.72, p=0.01), pengurusan peralatan (t (58) = -8.22,p=0.01), pengurusan pelajar (t (58) = 1.98, p=0.05), dan mengemas peralatan (t (58)= -5.03, p=0.01). Manakala, bagi aktiviti ansur maju, gerak kerja kelas/kumpulan dan aktiviti penilaian keputusan yang tidak signifikan telah dilaporkan. Secara keseluruhan guru opsyen didapati mengajar dan menggunakan masa lebih efisyen berbanding guru bukan opsyen.