Penggunaan laman web zakat Lembaga Zakat Selangor dan pembayaran zakat secara atas talian
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyampaian maklumat berkaitan zakat dan juga sebagai medium pembayaran zakat merupakan suatu perkara yang perlu diambil serius. Ini kerana kesedaran masyarakat Islam untuk membayar zakat masih berada pada tahap yang rendah. Antara faktor yang menye...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39134/1/FEM%202013%2017%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39134/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyampaian maklumat berkaitan zakat dan juga sebagai medium pembayaran zakat merupakan suatu perkara yang perlu diambil serius. Ini kerana kesedaran masyarakat Islam untuk membayar zakat masih berada pada tahap yang rendah. Antara faktor yang menyebabkan kurang kesedaran untuk membayar zakat adalah kerana kurangnya kefahaman mengenai zakat (Rashidah, 2006; Hairunnizam, Mohd Ali, Sanep, 2005). Selain itu, menurut Pegawai Bahagian Pengurusan Aplikasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu En Mohd Faisal, kaedah pembayaran zakat melalui atas talian juga perlu dipertingkatkan lagi untuk memudahkan kaedah pembayaran zakat kepada orang ramai seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini. Justeru itu, bagi menggalakkan dan mempromosikan lagi pembayaran zakat melalui atas talian, faktor latar belakang responden kajian perlu dikaji untuk mengenal pasti perkaitannya dengan pembayaran zakat atas talian dan penggunaan laman web zakat LZS. Kajian ini akan mengupas tentang hasil kajian daripada penggunaan laman web zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan hubungannya dengan pembayaran zakat secara atas talian. Objektif-objektif bagi kajian ini akan mengenal pasti tahap penggunaan laman web zakat LZS dan tahap penerimaan pengguna terhadap pembayaran zakat secara atas talian serta tahap pembayaran zakat secara atas talian. Objektif kajian seterusnya adalah untuk menentukan perbezaan latar belakang responden bagi penggunaan laman web zakat LZS dan “penerimaan terhadap pembayaran zakat atas talian” serta “pembayaran zakat secara atas talian”. Selain itu, objektif kajian ini juga turut mengenal pasti perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah serta mengetahui persepsi pengguna terhadap pusat LZS dan terhadap pembayaran zakat melalui atas talian. Seramai 385 orang responden telah diambil secara bertujuan daripada populasi pengguna laman web zakat LZS dan diedarkan soal selidik sebagai instrumen untuk pengutipan data. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa walaupun majoriti semua pengguna menggunakan dan melayari laman web zakat LZS dan membayar zakat, namun hanya segelintir bilangan pengguna yang menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Umur, tahap pendapatan, pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menunjukkan perbezaan yang siginifikan dalam penggunaan laman web zakat dan penerimaan terhadap pembayaran zakat atas talian. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan bagi pembayaran zakat atas talian dengan kesemua pembolehubah-pembolehubah bebas kajian ini iaitu tahap penggunaan laman web zakat, penerimaan terhadap pembayaran zakat, pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan masih terdapat persepsi negatif responden terhadap Pusat Lembaga Zakat Selangor dan kaedah pembayaran zakat atas talian. |
---|