Penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah
Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan u...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Linguistik Malaysia
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35650/1/Penggunaan%20implikatur%20sebagai%20medium%20penjelasan%20akidah.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35650/ http://jurnal.plm.org.my/?page_id=141 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Implikatur ditakrifkan sebagai suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Penggunaan implikatur dalam komunikasi bertujuan untuk melahirkan hasrat hati penutur kepada pendengar yang diujarkan dalam bentuk yang berbeza dari makna sebenar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dalam ceramah agama dan menerimanya sebagai pegangan dalam hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis teks dan pemerhatian di lapangan. Data yang diperoleh daripada beberapa siri ceramah agama oleh pendakwah bebas di beberapa lokasi kajian dianalisis menggunakan teori Grice (1975) dan teori Relevan (Sperber & Wilson, 1986, 1995). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dalam ceramah agama adalah sangat berkesan. Hal ini kerana dalam menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami khususnya berkaitan dengan akidah memerlukan penjelasan secara mendalam dan terperinci. Kajian ini juga mendapati penggunaan implikatur boleh memberi kesan mendalam terhadap kepercayaan kepada Allah, iaitu audiens dapat memahami perkara abstrak yang disampaikan oleh penceramah. Kesimpulannya, penggunaan implikatur sebagai medium penjelasan akidah dapat memberi kefahaman optima kepada audiens seterusnya dapat melaksanakan kewajipan kepada Allah dengan ikhlas. |
---|