Pentafsiran makna dalam ujaran saling memahami
Ujaran merupakan satu bentuk bahasa baik kata, perkataan, frasa, ayat atau jujukan ayat oleh seseorang penutur semasa sesuatu peristiwa. Hal ini juga terpancar dalam ujaran-ujaran saling memahami yang terdapatdalam filem Melayu sesuai dengan konteks budaya. Disebabkan kajian ujaran saling memahami m...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Linguistik Malaysia
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35648/1/Pentafsiran%20makna%20dalam%20ujaran%20saling%20memahami.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35648/ http://jurnal.plm.org.my/?page_id=190 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ujaran merupakan satu bentuk bahasa baik kata, perkataan, frasa, ayat atau jujukan ayat oleh seseorang penutur semasa sesuatu peristiwa. Hal ini juga terpancar dalam ujaran-ujaran saling memahami yang terdapatdalam filem Melayu sesuai dengan konteks budaya. Disebabkan kajian ujaran saling memahami menggunakan filem belum banyak dijalankan, justeru kajian ini adalah untuk mengenal pasti maklumat linguistik dalam ujaran saling memahami dalam filem Melayu terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kepustakaan dan dokumen.Data kajian terdiri daripada ujaran-ujaran dalam filem Melayu terpilih. Sebanyak tiga buah filem dipilih, iaitu filem ‘Lancang Kuning’, ‘Semerah Padi’ dan ‘Munafik’ dijadikan bahan kajian.Pemilihan data filem ini adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk kualitatif. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ujaran ekplikatur dan implikatur dapat difahami oleh pendengar. Hal ini disebabkan oleh faktor konteks dan kesan kognitif yang melatari sesuatu komunikasi yang membantu pendengar memahami makna ujaran. Hubungan resiprokal saling memahami dipengaruhi oleh maklumat linguistik dan usaha memproses maklumat tersebut. |
---|