Signifikasi implementasi Program Latihan Khidmat Negara di Malaysia
Makalah ini membincangkan tentang kepentingan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia yang telah dilancarkan pada 16 Februari 2004, sebagai salah satu agenda nasional dalam usaha pembangunan golongan belia yang menjadi teras pembangunan dan tulang belakang masa depan negara. Be...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2014
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35369/ http://www.ums.edu.my/fksw/index.php/en/current-issue/127-signifikan-implementasi-program-latihan-khidmat-negara-plkn-di-malaysia |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang kepentingan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia yang telah dilancarkan pada 16 Februari 2004, sebagai salah satu agenda nasional dalam usaha pembangunan golongan belia yang menjadi teras pembangunan dan tulang belakang masa depan negara. Berdasarkan statistik bancian penduduk 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan belia yang berumur antara 15 hingga 24 tahun merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Perkembangan ini menjadikan kumpulan belia sebagai kumpulan sasar untuk dibangunkan dalam pelbagai aspek kehidupan. Di samping itu, dalam arus perkembangan negara yang amat pesat membangun dan senario dunia tanpa sempadan pada masa kini, golongan belia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran lokal dan pada masa yang sama turut terdedah dengan ancaman global. Malah, hal yang lebih membimbangkan ialah kumpulan belia kini banyak terdedah dengan pelbagai masalah berkaitan dengan gejala sosial dan aktiviti yang tidak bermoral. Pihak kerajaan yang menyedari hakikat ini telah mengenal pasti keperluan untuk membangunkan potensi golongan belia telah merangka dan melaksanakan pelbagai bentuk polisi dan program dengan matlamat untuk melibatkan golongan belia dalam arus pembangunan negara. Pelaksanaan PLKN dilihat sebagai satu mekanisme utama untuk menangani permasalahan dalam kalangan belia, memantapkan jati diri mereka dan seterusnya mengikat kesetiaan mereka kepada negara. Justeru, makalah ini akan membincangkan signifikan implementasi PLKN dari pelbagai sudut dan pandangan berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan di kem-kem PLKN terpilih di seluruh Malaysia. Selain itu, perbincangan Signifikan Implementasi Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia ini juga berteraskan kepada analisis yang telah dibuat ke atas modul dan submodul PLKN. Secara keseluruhannya, PLKN mempunyai matlamat yang jelas, pelaksanaannya bukan sahaja berupaya mengelakkan golongan belia terlibat dalam kancah masalah sosial tetapi berjaya memupuk semangat kekitaan bersama yang kuat, kerjasama yang tinggi dan pelatih lebih terbuka untuk memahami cara hidup serta budaya kumpulan etnik lain. Maka, PLKN dilihat amat signifikan dalam memupuk semangat satu jiwa negara bangsa acuan Malaysia. |
---|