Masyarakat Jepun dalam pelancongan: satu penelitian budaya

Statistik kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia menunjukkan Jepun sentiasa menduduki tangga 10 ke bawah dalam senarai bilangan warganegara yang berkunjung ke negara ini bermula tahun 1998 sehingga tahun 2012. Malah pada tahun 2012, jumlah pelancong Jepun ke Malaysia meningkat sehingga empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid, Roswati, Mamat, Roslina, Abdul Halim, Hazlina, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Language:English
Published: School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35113/1/Masyarakat%20Jepun%20dalam%20pelancongan%20satu%20penelitian%20budaya.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35113/
http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume29-2-2013.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Statistik kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia menunjukkan Jepun sentiasa menduduki tangga 10 ke bawah dalam senarai bilangan warganegara yang berkunjung ke negara ini bermula tahun 1998 sehingga tahun 2012. Malah pada tahun 2012, jumlah pelancong Jepun ke Malaysia meningkat sehingga empat kali ganda iaitu 21.5% berbanding pada 2011 sebanyak 7.0%. Jumlah ini menunjukkan peningkatan terbesar berbanding pada lapan tahun sebelumnya daripada tahun 2005-2011. Adalah tidak mustahil pada masa yang akan datang pelancong Jepun menjadi pelancong antarabangsa utama di Malaysia. Kertas kerja ini akan menyoroti ciri-ciri tingkah laku yang terdapat pada pelancong Jepun semasa melancong ke negara luar. Pencirian pola-pola tingkah laku pelancong Jepun ini berdasarkan dari sudut budaya masyarakat Jepun. Memahami tingkah laku pelancong Jepun dari aspek budaya merupakan satu nilai tambah dalam pelancongan Malaysia dan dapat menghindari salah faham yang akan menimbulkan konflik. Objektif kertas kerja ini ialah memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap tingkah laku pelancong Jepun kepada para agen pelancongan yang berurusan secara langsung dengan pelancong. Kertas kerja ini diharapkan dapat menjana panduan secara teori dan praktikal terhadap penambahbaikan kualiti pelancongan Malaysia agar menepati cita rasa para pelancong Jepun.