Retrospek sumbangan Dato' Dr. Hassan Ahmad dalam kebahasaan dan penerbitan

Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan serta pengurusan. Beliau berhasrat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bukan sahaja mampu mendukung perkembangan ilmu dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaakob, Nor Azuwan, Syed Abdullah, Syed Nurulakla, Ismail, Muhd Zulkifli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34209/1/Retrospek%20sumbangan%20Dato%27%20Dr.%20Hassan%20Ahmad%20dalam%20kebahasaan%20dan%20penerbitan.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34209/
http://www.mahawangsa.upm.edu.my/dokumen/JPMWS_Mahawangsa_vol1(1)_Jun_2014_(1).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan serta pengurusan. Beliau berhasrat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bukan sahaja mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan, malah sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta alat perpaduan dalam negara yang berbilang bangsa dan bahasa. Menurut beliau, kekuatan dan kekayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pemikiran dan budaya tinggi dapat diperkasakan melalui penghasilan buku yang bermutu tinggi dalam bahasa tersebut. Perusahaan buku pula tidak boleh bermotif ekonomi semata-mata, malah merupakan perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry). Oleh yang demikian, kerajaan perlulah memastikan perusahaan buku diiktiraf sebagai suatu perusahaan yang penting (essential industry), iaitu perusahaan budaya (Nor Azuwan Yaakob, 2013, ms. 166-167). Beliau pernah digelar ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh Pembangunan Buku Negara’ (2005) serta merupakan tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang, malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani. Makalah ini menelusuri, merungkai dan mengupas retrospek sumbangan beliau dalam kebahasaan dan penerbitan.