Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi
Wacana sering dilihat sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan menepati hierarki yang teratas dari aspek linguistik. Namun demikian, wacana dalam aspek sains sosial memperlihatkan fungsi wacana dalam masyarakat kurang diberi perhatian. Malah kajian terhadap wacana lebih tertumpu kepada teori dan hu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/1/FBMK%202012%2015R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.33301 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.333012015-03-05T02:04:09Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/ Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi Junaidi, Radiman Wacana sering dilihat sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan menepati hierarki yang teratas dari aspek linguistik. Namun demikian, wacana dalam aspek sains sosial memperlihatkan fungsi wacana dalam masyarakat kurang diberi perhatian. Malah kajian terhadap wacana lebih tertumpu kepada teori dan huraian tentang sistem bahasa sahaja. Dalam hal ini, wacana sebenarnya berperanan untuk merungkaikan persoalan-persoalan sosial, malah wacana juga berupaya membina sosiobudaya dalam sesuatu masyarakat. Berdasarkan fenomena tersebut, analisis wacana kritis digembleng untuk menginterpretasikan dan menjelaskan proses sosial yang terselindung di sebalik wacana ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO. Analisis teks ini dijalankan secara kajian kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kerangka teori analisis wacana kritis Fairclough (1992, 1995a dan 2003) yang mengandungi tiga dimensi iaitu analisis tekstual, amalan wacana dan proses sosial. Sebanyak lima teks ucapan Abdullah Ahmad Badawi dijadikan sumber kajian. Teks ucapan dianalisis oleh pengkaji untuk meneroka ciri-ciri linguistik dan organisasi yang hadir dalam teks serta menjelaskan hubungan di antara wacana dengan proses sosial yang menjurus kepada ideologi dan praktis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Dapatan kajian mendapati bahawa wacana ucapan mempunyai ciri-ciri linguistik, ciri-ciri tekstual dan ciri-ciri sosial. Menerusi aspek intertekstualiti, dapatan kajian mendapati wujud interaksi teks dengan teks-teks yang terdahulu yang memperlihatkan keintelektualan dan gaya bahasa yang berkualiti oleh pewacana. Pada masa yang sama, kajian ini juga telah memperlihatkan kewujudan penyilangan dan kolaborasi beberapa wacana serta dapat menyerlahkan hubungan dialektikal di antara wacana dengan masyarakat. Pemanfaatan terhadap pelbagai wacana telah dapat mencerminkan emosi, matlamat dan pemikiran pewacana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa rujukan kata ganti nama diri ‘kita’ menjadi pilihan yang utama pewacana dan memperlihatkan sifat inklusif yang mewujudkan perasaan kebersamaan antara pewacana dengan khalayaknya. Di samping itu, pewacana juga mewujudkan konsep pembinaan dan kesenian menerusi aspek metafora. Pewacana mengajak khalayaknya berfikir dalam konsep budaya dan bahasa melalui gagasan yang berorientasikan keindahan dan kehalusan budaya Melayu. Selain itu, melalui kata alternatif, kajian wacana ini mendapati bahawa pewacana mewujudkan konsep pembasmian seperti membasmi kemiskinan dan menghapuskan rasuah serta konsep demokrasi telah menyerlahkan makna kuasa rakyat, toleransi dan kebebasan bersuara. Pemanfaatan terhadap pelbagai wacana dalam ucapan kepimpinan telah menunjukkan praktis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah bersifat toleransi dan telus. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa ideologi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi berorientasikan Islam, berdasarkan gagasan idea, praktis kepimpinan dan pengaplikasian terhadap kosa teks Islam. 2012-01 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/1/FBMK%202012%2015R.pdf Junaidi, Radiman (2012) Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
description |
Wacana sering dilihat sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan menepati hierarki yang teratas dari aspek linguistik. Namun demikian, wacana dalam aspek sains sosial memperlihatkan fungsi wacana dalam masyarakat kurang
diberi perhatian. Malah kajian terhadap wacana lebih tertumpu kepada teori dan huraian tentang sistem bahasa sahaja. Dalam hal ini, wacana sebenarnya berperanan untuk merungkaikan persoalan-persoalan sosial, malah wacana
juga berupaya membina sosiobudaya dalam sesuatu masyarakat. Berdasarkan fenomena tersebut, analisis wacana kritis digembleng untuk menginterpretasikan dan menjelaskan proses sosial yang terselindung di sebalik wacana ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan
Agung UMNO.
Analisis teks ini dijalankan secara kajian kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kerangka teori analisis wacana kritis Fairclough (1992, 1995a dan 2003) yang mengandungi tiga dimensi iaitu
analisis tekstual, amalan wacana dan proses sosial. Sebanyak lima teks ucapan Abdullah Ahmad Badawi dijadikan sumber kajian. Teks ucapan dianalisis oleh pengkaji untuk meneroka ciri-ciri linguistik dan organisasi yang
hadir dalam teks serta menjelaskan hubungan di antara wacana dengan proses sosial yang menjurus kepada ideologi dan praktis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Dapatan kajian mendapati bahawa wacana ucapan mempunyai ciri-ciri linguistik, ciri-ciri tekstual dan ciri-ciri sosial. Menerusi aspek intertekstualiti, dapatan kajian mendapati wujud interaksi teks dengan teks-teks yang
terdahulu yang memperlihatkan keintelektualan dan gaya bahasa yang berkualiti oleh pewacana. Pada masa yang sama, kajian ini juga telah memperlihatkan kewujudan penyilangan dan kolaborasi beberapa wacana serta dapat menyerlahkan hubungan dialektikal di antara wacana dengan masyarakat. Pemanfaatan terhadap pelbagai wacana telah dapat
mencerminkan emosi, matlamat dan pemikiran pewacana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa rujukan kata ganti nama diri ‘kita’ menjadi pilihan yang utama pewacana dan memperlihatkan sifat inklusif yang mewujudkan perasaan
kebersamaan antara pewacana dengan khalayaknya. Di samping itu, pewacana juga mewujudkan konsep pembinaan dan kesenian
menerusi aspek metafora. Pewacana mengajak khalayaknya berfikir dalam konsep budaya dan bahasa melalui gagasan yang berorientasikan keindahan dan kehalusan budaya Melayu. Selain itu, melalui kata alternatif, kajian wacana
ini mendapati bahawa pewacana mewujudkan konsep pembasmian seperti membasmi kemiskinan dan menghapuskan rasuah serta konsep demokrasi telah menyerlahkan makna kuasa rakyat, toleransi dan kebebasan bersuara. Pemanfaatan terhadap pelbagai wacana dalam ucapan kepimpinan telah menunjukkan praktis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah bersifat
toleransi dan telus. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa ideologi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi berorientasikan Islam, berdasarkan gagasan idea, praktis kepimpinan dan pengaplikasian terhadap kosa teks Islam. |
format |
Thesis |
author |
Junaidi, Radiman |
spellingShingle |
Junaidi, Radiman Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
author_facet |
Junaidi, Radiman |
author_sort |
Junaidi, Radiman |
title |
Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
title_short |
Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
title_full |
Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
title_fullStr |
Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
title_full_unstemmed |
Analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi |
title_sort |
analisis wacana terhadap ucapan kepimpinan abdullah ahmad badawi |
publishDate |
2012 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/1/FBMK%202012%2015R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33301/ |
_version_ |
1643830834664308736 |
score |
13.211869 |