Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara terperinci kajian kualitatif ini bertujuan untuk mendapat pandangan peserta terhadap keberkesanan Kursus Kejurulatihan APM* dan mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan kebe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Yazid, Nor Mohd Zulkarnain, Muhamad, Mazanah
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Universiti Putra Malaysia Press 1998
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3196/1/Keberkesanan_Latihan_Pengalaman_Sebuah_Agensi.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/3196/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara terperinci kajian kualitatif ini bertujuan untuk mendapat pandangan peserta terhadap keberkesanan Kursus Kejurulatihan APM* dan mengenal pasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan dari perspektif peserta kursus tersebut. Penyelidik telah menemu duga secara terperinci sepuluh informan. Kajian ini menunjukkan, dari perspektif peserta, bahawa: (1) Kursus Kejurulatihan APM mencapai tahap keberkesanan yang membanggakan; (2) lapan perkara membantu meningkatkan keberkesanan latihan, iaitu kejelasan objektif, motivasi, penyediaan dan penyusunan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, bimbingan dan maklum balas, pemindahan pembelajaran, susulan dan maklum balas, kesesuaian tempat latihan, serta sokongan daripada pihak pengurusan organisasi; (3) pihak pengurusan APM memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas kursus dalam menjayakan kursus yang dianjurkan; dan (4) ketiga-tiga rakan kongsi utama iaitu peserta, fasilitator, dan pihak pengurusan APM, membantu meningkatkan keberkesanan latihan.